Sunday, August 28, 2011

Salam Aidilfitri 1432H


Assalamualaikum semua..

Ramadhan hampir kepenghujungnya.. Insyaallah kita akan berjumpa lagi ditahun hadapan..
Beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri pula.. saya telah pun membuat persiapan dengan bersederhana sahaja.. Insyaallah saya akan balik ke Johor Bahru beraya bersama bonda & ayahanda tercinta.. Semoga selamat sampai kedestinasi didalam perjalanan nanti...
Disini juga saya mengucapkan Selamat hari raya dan jika ada terkasar bahasa didalam memberi komen harap dimaafkan..

Friday, August 12, 2011

Kuetiau Ladna


Assalamualaikum..

Salam Jumaat yang berkat.. hari ini kita berpuasa masuk ke 12 hari.. semoga diberi kesihatan yang baik sehingga habis berpuasa.. Tengok ramai kawan blogger sudah membuat persiapan hariraya.. biskut raya pun telah nampak di blog masing2..
Oklah kita tengok entry saya hari ini.. Kuetiau ladna.. menu berbuka semalam.. mmg senang dan mudah disediakan..fav saya sekeluarga..
 
Kalau ingin mencuba.. kita layan resepi dari saya ni..

Bahan-bahan:
1 bungkus kuetiau
Kicap manis
Sedikit minyak bijan
Kuetiau digaul bersama kicap dan minyak bijan. kemudian digorengkan seketika diatas kuali dan gaul rata, Angkat dan masukkan kedalam pinggan hidangan. Biarkan

Bahan utk kuah:
1 biji bawng merah dipotong dadu
5 ulas bawang putih dicincang
1 in halia dihiris halus
Cili api diketuk
Isi ayam
Udang
Sotong
Sayur khailan
Bunga kobis
Putik jagung
Carrot
1 sudu makan sos tiram
1 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap manis
Minyak bijan.
Sedikit air
1 sudu makan tepung jagung dibancuh bersama 1/2 cawan air
Garam dan sedikit gula
Serbuk lada putih

Cara-cara:
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga wangi. Masukkan udang, isi ayam dan sotong. Kacau rata.
Masukkan sos tiram dan kicap. rasa garam dan gula secukupnya.
Bila semua masak masukkan air tepung jagung. Masuk air jika perlu.
Masukkan sayuran dan gaul rata.
Tuang kedalam pinggan kuetiau tadi dan sedia dihidang.



Pengat Keladi & Keledek


Bahan-bahan:
300 gm keladi dipotong dadu
300 gm keledek merah dipotong dadu
1/2 cawan sagu biji
5 cawan santan
1/2 cawan gula
Sedukit garam
2 helai daun pandan 

Cara-cara:
Masukkan santan didalam periuk sambil kacau diatas api perlahan.
Masukkan gula, garam, biji sagu, daun pandan keledek dan keladi. Kacau hingga mendidih dan empuk.
Sedia dihidang.

Tuesday, August 09, 2011

Donut Pisang


Assalamualaikum..

Hari ini buat donut untuk habiskan pisang semalam.. semalam buat kek ada lebih pisang, lecek2 tak tau nak buat apa.. penghabisan donat jadinya.. hasilnya mmg sedap, lembut, gebu dan wangi bila digoreng..

Bahan-bahan:
500 gm tepung gandum
2 sudu makan gula
2 sudu besar susu tepung
11 gm yeast
1 biji telur
50 gm butter
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1 cawan pisang lecek - saya guna pisang emas
1/4 cawan air (- +) - ikut kelembutan

Cara-cara:
Yeast dilarutkan beersama sedikit air.
Satukan semua bahan kecuali pisang lecek dan air. Gaul sebati.
Masukkan pisang lecek dan air sikit demi sedikit sehingga menjadi doh lembut.
Rehatkan doh sebentar dlm 20 minit.
Uli dan bulat2kan dalam 35 gm sehingga habis. Tutup dgn kain lembap .
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Salut bersama gula aising.
Sedia dihidang.

Kek Pisang Lembap


Assalamualaikum..

Kek Pisang Lembap.. sedap, lembut dan gebu jer..  saya ambil resepinya dari dapur CMG.. terimakasih Cik Mat berkongsi resepi kek pisang yang sedappp ni..


Suka tengok kek ini sebelum dipotong.. nampak gebu jer..

Bahan-bahan:
250 tepung gandum*
1 camca teh bicarbonat*
1/2 camca teh garam* (Satukan dan ayak)
15 gm ovelatte
150 gm gula halus
5 biji telur gred A
125 gm mentega dicairkan dan biar sejuk
100 gm minyak jagung
225 gm pisang emas + 1 camca teh esen vanilla dilecek halus

Cara-cara:
Putar telur dan ovelatte hingga hancur kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji hingga habis.
Putar hingga kelajuan yang tinggi hingga adunan naik dan pekat.
Perlahankan speed dan masukkan pisang lecek dan gaul rata.
Masukkan tepung berselang seli dgn mentega cair dan minyak jagung. Buat hingga habis dan gaul rata.
Tuang kedalam loyang pembakar yang telah diglis butter.
Bakar dalam 180C dlm 45 - 50 min.
Sejukkan baru dipotong.



Monday, August 08, 2011

Nasi Ayam Panggang Berempah


Assalamualaikum..

Nasi Ayam Panggang Berempah.. menu berbuka hari ini.. kalau buat nasi ayam saya suka memanggang ayam.. kalau digoreng ianya memerlukan banyak minyak.. lgpun pembuatannya mudah dan cepat.. kita cuma perap beberapa jam kemudian panggang didalam oven.. sambil memanggang kita boleh melakukan kerja yang lain..


Ayam panggang ini tidak memerlukan pembakaran yg lama kerana sebelum tu saya merebusnya untuk mendapatkan rasa sup ayam.. Jika kawan2 ingin mencubanya nasi ayam panggang lihat resepi dari saya ini.. insyallah memang sedap..


Sup ayam, sos cili dan sos blackpapper..

Bahan utk sup:
1 ekor ayam dibelah empat
Air secukupnya
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia* (Semua bahan dihiris)
1 bungkus sup bunjut
1 sudu makan rempah sup
1 kiub pati Maggi
Garam secukupnya
Daun sup & daun bawang

Tumis semua bahan yang dihiris dan rempah sup hingga wangi.
Masukkan air, garam dan sup bunjut.
Masukkan air yg dibelah empat dan biar ayam separuh masak dan mendidih. Angkat ayam. Ketepikan.
Rasa garam secukupnya. Biarkan.

Bahan untuk perap ayam:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar ketumbar
1 sudu makan jintan manis
2 sudu makan rempah kari
1 tangkai daun ketumbar
2 sudu makan madu
Garam dan sedikit gula

Semua bahan hendaklah dikisar. Kemudian perapkan bersama ayam tadi selama 2 jam.
Bakar didalam oven sehingga masak dan kekuningan.
Keluarkan kemudian potong ikut citarasa sendiri.

Bahan utk nasi ayam:
4 cawan beras dicuci kemudian ditos
2 sudu makan butter
5 1/2 cawan air sup ayam
2 helai daun pandan
Sedikit garam

Tuang beras kedalam periuk nasi. Tuang air sup ayam kedalamnya.
Masukkan daun pandan dan butter kemudian tanak nasi hingga masak.

Bahan utk sos cili:
5 biji cili merah*
3 ulas bawang putih* (Semua bahan*dikisar)
3 sudu makan cili sos
1 sudu kecil cuka
garam & gula

Satukan semua bahan dan kacau diatas api perlahan. Rasa garam dan gula secukupnya.
Sos hitam saya menggunakan sos lada hitam sahaja


Saturday, August 06, 2011

Mee Rebus Daging


Assalamualaikum...

Mee Rebus Daging.. makanan yang paling digemari saya sekeluarga..  hari ini saya buat utk berbuka nanti.. kalau balik JB mesti mencari mee rebus Hj Wahid.. mee rebus yg popular di JB.. selain tu mee rebus Stulang dan Lan Janggut juga terkenal disana.. walaupun mee rebus saya tak sama dgn mee rebus yg terkenal tu.. tetap mee rebus saya menjadi kegemaran sekeluarga..


Kuahnya saya menggunakan daging supaya memberikan kemanisan lagi rasanya.. Kalau kawan semua ingin mencubanya jom lihat resepi dari saya ni..

Bahan-bahan:
2 bungkus mee dicelur
Taugeh
Telur rebus
Tauhu
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau & merah dihiris
Limau kasturi

Bahan utk kuah:
600 gm keledek direbus
500 gm daging dihiris nipis
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 in lengkuas*
5 biji buah keras*
1 sudu makan lada hitam*
3 sudu besar taucu*
2 sudu besar udang kering* ( Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Keledek direbus kemudia dikisar halus. Ketepikan.
Tumis semua bahan yang dikisar dan cili kisar hingga wangi.
Masukkan daging yng dihiris dan kacau sebati. Masak hingga daging empuk.
Tambah air secukupnya ikut kepekatan kuah.
Masukkan keledek yang dikisar. kacau sebati. Rasa garam dan gula.
Sedia dihidang.


Friday, August 05, 2011

Spaghetti Bolognese Bebola Daging


Assalamualaikum..

Hari ini berbuka menu paling simple jer.. Spaghetti Bolognese Bebola Daging.. kuahnya saya buat ikut citarasa pilihan sekeluarga..

Selalu juga saya membuatnya.. masakannya mudah kerana semua bahan2 dicampur dan dikacau hingga masak..

Bahan-bahan:
1 paket spaghetti direbus
2 sudu besar butter
1 camteh garam - semua disatukan dan rebus

Bahan utk kuah:
2 biji bawang holland dipotong dadu
4 ulas bawang putih dicincang
1 sudu makan cili kisar - tambah kerana suka sedikit pedas
1 botol sos spaghetti (Prego)
400 gm daging cincang
500 gm bebola daging
4 biji tomato dipotong dadu
3 camca besar sos cili
2 helai bay leaves
1 camca teh basil
1 camca teh oregano
2 cawan air
Sedikit garam dan gula

Cara-cara:
Spaghetti direbus bersama butter dan sedikit garam sehingga kembang dlm 15 minit. ketepikan.
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan cili kisar, sos spaghetti,tomato, sos cili dan air. kacau sebati.
Masukkan daging kisar, bebola daging dan air.Kkacau hingga daging masak.
Masukkan semua bahan herba.
Rasa garam dan gula.
Sedia dihidang.


Bubur Nasi Daging


Assalamualaikum..

Bubur Nasi Berdaging.. menu ringkas utk berbuka.. sedap dimakan bersama sambal goreng tempe untuk menyelerakan lagi kami sekeluarga.. walaupun ringkas tapi mengenyangkan..



Bahan-bahan:
2 cawan beras dicuci dan direndam
400 gm daging dipotong kecil2
1 batang carrot dipotong dadu
Daun sup
Bawang goreng
Rempah tumis
1 sudu makan rempah sup
1 bungkus sup bunjut
1 cawan santan
Air secukupnya

Bahan dukisar:
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara:
Tumis bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi. Masukkan rempah sup, sup bunjut dan daging. Gaul sebati. masukkan santan dan air secukupnya. Sambil kacau dan biar mendidih dan daging empuk.
Masukkan beras, carrot dan kacau hingga masak menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
Hidang bersama bawang goreng dan daun sup.

Sambal Goreng Tempe



Bahan-bahan:
2 keping tempe dipotong hipis *
1 cawan kacang tanah*
1 cawan ikan bilis* ( Semua bahan digoreng garing)
2 biji bawang besar dihiris
3 sudu besar cili kisar
Sedikit belacan
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Tumis bawang hingga layu. Masukkan cili kisar dan sedikit belacan dan masak hingga garing.
Masukkan bahan2 yang telah digoreng garing dan kacau rata,
Rasa garam dan gula secukupnya.
Gaul hingga semua bahan kering.
Sedia dihidang.

Thursday, August 04, 2011

Kari Ikan Tenggiri


Assalamualaikum..
Kari Ikan Tenggiri.. menu berbuka.. saya suka buat kari ikan kerana kuahnya sedap dimakan cicah dgn roti.. selalunya saya akan lebihkan kuahnya.. suami dan anak2 pula suka makan sayur bendi.. ikan pula letak sikit jer.. utk jadikan perasa ikan dikuah.. pelengkapnya yg lain saya menyediakan ayam grg, sambal asam dan ulam2an saja.. itu sudah mencukupi utk makan sekeluarga.. simple jer kan..


Bahan-bahan:
5 keping ikan tenggiri
10 btg bendi
Buah tomato
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 in halia* ( Semua bahan*ditumbuk)
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu makan cili kisar
1 sudu kecil halba
2 pelepah daun kari
2 keping asam gelugur
5 cawan santan
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Ikan dibersihkan.
Tumis bahan yang dikisar, halba dan daun kari hingga wangi. Masukkan kari dan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, asam gelugur dan kacau hingga mendidih. Rasa garam dan gula secukupnya,
Masukkan ikan, bendi dan tomato. Bila ikan masak dan mendidih tutup api.
Sedia dihidang.

Tuesday, August 02, 2011

Apam Pisang


Bahan-bahan:
1 cawan tepung gandum*
1/2 camcateh baking powder ( Satukan dan ayak)
2 biji telur
100 ml minyak jagung
1/2 cawan brown sugar
Beberapa titik esen pisang
4 biji pisang emas*
1/2 camcateh soda bicarbonat*
secubit garam* (Satukan dan dilecek halus)

Cara-cara:
Pukul gula dan telur hingga sebati dgn menggunakan whisk.
Masukkan.pisang lecek dan minyak. Pukul sebati.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Panaskan pengukus dan sapukan acuan dgn sedikit minyak. panaskan sebentar,
Tuang adunan kedalam acuan kemudian kukus selama 15 minit,
Sejukkan dan dihidang.

Sayur Goreng Jawa


Bahan-bahan:
10 tangkai kacang panjang dihiris serong
2 papan petai
15 ekor udang dibersihkan
1 keping tempe dipotong dadu
3 keping tauhu dipotong dadu
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
1/2 in lengkuas*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
10 biji cili api* ( Semua bahan*dihiris)
2 sudu makan cili kisar
Sedikit belacan - larutkan dgn sedikit air
1 sudu makan udang kering - ditumbuk
Air asam jawa
2 cawan santan pekat
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara;
Goreng tauhu dan tempe hingga garing. Ketepikan.
Tumis semua bahan yang dihiris dan cili kisar hingga layu dan wangi. Masukkan udang. Gaul rata.
Masukkan  udang kering,  air belacan, air asam jawa dan sedikit santan.
Masukkan tempe dan tauhu. Gaul rata.
Masukkan kacang panjang dan santan. Kacau rata hingga sebati.
Rasa garam dan gula secukupnya. Biar pekat sedikit.
Sedia dihidang.


Ikan Asam Daun Kari


Bahan-bahan:
3 ekor ikan selar kuning - ikut citarasa
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 in halia*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
5 biji cili api* ( Semua bahan dihiris)
1 btg serai diketuk
1 pelepah daun kari
Air asam jawa secukupnya
Garam & gula secukupnya

Cara-cara:
Ikan dilumur bersama kunyit dan garam kemudian digoreng. Ketepikan.
Tumis semua bahan yang dihiris hingga layu.
Masukkan ikan dan gaul sebati.
Masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
Hidang.


Monday, August 01, 2011

Puding Kastard Jelly Sumi


Assalamualaikum..

Puding Kastard Jelly Sumi.. puding ini sudah lama juga saya nak membuatnya.. Jelly Sumi pun dah lama saya simpan.. hari ni dpt gak buat untuk pencuci mulut berbuka puasa nanti..sedap dimakan sejuk2 atau letakkan ketulan ice dikuah puding.. terasa nyaman kat anak tekak kan..

Puding ini saya membuatnya tidak terlalu manis.. manis2 buah jer.. Jom tengok resepi dari saya ni..

Bahan-bahan:
10 gram serbuk agar-agar
4 cawan air
2 cawan susu cair
1 cawan gula
2 sudu makan tepung kastard - dibancuh dgn 1/2 cwn air
1 paket Sumi jelly

Satukan semua bahan kecuali jelly Sumi. Masak diatas api perlahan hingga gula larut dan mendidih. Tuang kedalam acuan kemudia masukkan jelly sumi keda;lam puding. Biarkan sejuk dan mengeras.

Bahan utk kuah:
1 cawan susu cair
1 cawan air
2 sudu makan gula
1 sudu kecil tepung kastard - dibancuh dgn sedikit air
1 tin buah peach - ambil buah peach dipotong kecil

Satukan semua bahan dan masak diatas api perlahan. Kacau hingga mendidih.
Sejukkan.
Masukkan dalam bekas campurkan bersama buah peach dlm tin. Kacau sebati.
Sedia dihidang bersama puding tadi.
Sejukkan dahulu baru dihidang.

Ayam Ungkep


Assalamualaikum..

Ayam masak ungkep..  menu petang ini.. sedap makan bersama nasi putih panas2.. masakan yang mudah.. masak dalam kuali sambil kacau hingga kering.. 

Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong sederhana
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 1/2 inci halia*
1 inci kunyit*
1 inci lengkuas*
5 biji buah keras*
20 biji cili api*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu makan jintanmanis*
1 sudu makan jintan halus* ( semua bahan*dikisar)
4 btg serai dititik
2 keping asam gelugur
Garam & gula secukupnya

Cara-cara:
Ayam dibersihkan dan tos. Ketepikan.
Tumis semua bahan kisar hingga wangi dan naik minyak.
Masukkan ayam dan gaul sebati. Masukkan sedikit air jika perlu.
Masukkan asam gelugur, garam dan gula.
Kacau rata hingga kering.
Sedia dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...