Tuesday, November 27, 2012

Nasi Lemak Kuning



Assalamualaikum..

Nasi Lemak Kuning.. kali ini saya masak secara tumis dan letakkan sedikit serbuk kunyit.. rasa lebih sedap kerana tumisan bawang, halba, serai dan daun pandan membuatkan nasi lemak ini lebih wangi..

NASI LEMAK KUNING
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
3 cawan beras Basmathi - direndam 1/2 jam dan toskan
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia* - semua bahan*dihiris
2 batang serai diketuk
3 helai daun pandan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh halba
4  1/2 cawan santan
Garam secukupnya

Cara-cara :
Masukkan beras dan santan kedalam periuk elektrik. Biarkan.
Panaskan kuali dan tumis bahan yang dihiris, serbuk kunyit, serai, halba dan daun pandan hingga wangi.
Masukkan bahan yang ditumis kedalam periuk yang berisi nasi. Masukkan garam secukupnya dan kacau rata.
Tekan dan biar nasi hingga masak.
Sedia dihidang.

Bahan bahan lain :
Sambal tumis
Telur
Timun
Ayam goreng
Kacang
Ikan bilis goreng


7 comments:

  1. Semestinya sedap Rahel.. ditumis dahulu aromanya wangi sekali..

    ReplyDelete
  2. wah disini pun nasi lemak jugak macam nak makan lagi sekali ni kat sini LIna heee

    ReplyDelete
  3. salam lina.., nmpk cntik kalernya kuning pasti sedap.. esok2 nak buat jugak lah..!

    ReplyDelete
  4. salam kenal dan berziarah disini..:)
    sama mcm umah kak nor nie..ada nasi lemak..wahh best..

    ReplyDelete
  5. Sedap ni... rasa lebih special.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...