Sunday, May 08, 2011

Acar Timun Berempah


Bahan-bahan-
2 batang timun dipotong jejari
1 batang carrot dipotong jejari
10 biji bawang merah dihiris
5 biji bawang putih dihiris
1/2 inci halia muda dihiris halus
Rempah tumis
2 biji cili merah dipotong memanjang
2 sudu makan udang kering dicuci dan ditumbuk halus
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan kerisik
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu makan cuka
1 sudu makan biji sawi
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara-
Tumis bawang merah, awang putih, halia dan rempah tumis. Masukkan udang kerig tumbuk. Gaul hingga wangi.
Masukkan rempah kari, kerisik, biji sawi dan serbuk kunyit. Masukkan cuka, garam dan gula secukupnya.
Masukkan carrot dan masak hingga carrot empuk. Masukkan timun dan gaul rata.
Sedia dihidang.

Saturday, May 07, 2011

Daging Masak Beriani


Bahan-bahan-
1 1/2 kg daging dipotong kecil
10 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
6 biji cili hijau* ( Semua bahan*dikisar)
Rempah tumis
1/2 cawan rempah beriani
1 cawan sos cili
1/2 cawan tomato puree
2 tangkai daun ketumbar dipotong kasar
1 tangkai daun pudina
3 biji tomato potong
1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan susu cair
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Tumis semua bahan kisar, dan rempah tumis hingga naik bau.
Masukkan rempah beryani dan masak hingga naik minyak.
Masukkan tomato puree, sos cili, daun ketumbar dan daun pudina, kacau rata.
Masukkan daging dan sedikit air biar daging empuk.
Masukkan tomato, bawang goreng dan susu cair. Biar pekat.
Sedia dihidang.

Ayam Masak Merah


Bahan-bahan-
1 ekor ayam dipotong
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 inci lengkuas* ( Semua bahan*dikisar)
2 cawan cili kisar
1/2 cawan tomato puree
1 cawan sos tomato
1 cawan sos cili
4 biji tomato dicincang
1 tangkai daun ketumbar dihiiris kasar
1 batang serai diketuk
3 sudu besar susu cair
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Ayam digoreng dan biarkan.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
Masukkan tomato cincang, tomato puree, cili sos dan tomato sos. Kacau.
Masukkan daun ketumbar dan serai.
Masukkan sedikit susu cair garam dan gula, biarkan mendidih.
Masukkan ayam dan gaul rata.
Sedia dihidang.

Nasi Beriani


Bahan-bahan-
5 cawan beras basmathi - dibasuh dan direndam dlm 1/2 jam
5 1/2 cawan air
1 cawan susu cair
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia dihiris*
2 biji cili hijau* ( Semua bahan*dikisar)
Rempah tumis
2 sudu makan rempah beriani
1 tangkai daun ketumbar dihiris kasar
1 tangkai daun pudina dihiris kasar
2 biji tomato dicincang
1/2 cawan kismis
1/2 cawan kacang gajus digoreng
Daun pandan
Garam secukup rasa
Pewarna kuning

Cara-cara-
Panaskan minyak sapi dan sedikit minyak jagung didalam kuali.
Tumis bahan2 yang dikisar. rempah beryani dan rempah tumis hingga wangi. Masukkan tonato, daun ketumbar dan daun pudina. Masak hingga naik minyak.
Masukkan bahan2 yg ditumis kedalam periuk nasi yg sedia ada beras yang telah dicuci tadi.
Masukkan air, susu cair, daun pandan dan garam secukupnya.
Biar nasi hingga masak dan kering. Bila kering, buka tutup dan renjiskan pewarna.
Nasi dikacau baru letakkan gajus dan kismis.
Sedia dihidang.



Thursday, May 05, 2011

Kek Alunan Kasih

Assalamualaikum..
Malam2 mcm ni kita layan Kek Alunan Kasih yer.. bunyinya pun sungguh romantik gitu.. rasanya pun bolehlah tahan.. sedapppp..  ramai blogger2 kita pun dah tau resepinya.. Jom layan..


Bahan-bahan-
250 gm butter
1 1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
5 biji telur
1 sudu kecil ovelette
2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
3/4 cawan susu cair
Pewarna ikut suka
Serbuk koko secukupnya dan tapis

Cara-cara-
Panaskan oven. Loyang dilencer dengan sedikit butter
Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan ovellete
Masukkan telur satu persatu dan terus putar hingga putih dan kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit diikuti dengan susu cair. Buat sampai habis.
Bahagi adunan kepada 3 bahagian dan letakkan pewarna.
Tuang kedalam loyang lapisan pertama dan tapiskan serbuk koko hingga rata diatas adunan. Lakukan sama keatas adunan kedua.
Bakar dalam 180 C - 45 minit

Ayam Goreng Berempah


Bahan-bahan-
1 ekor ayam dibersihkan dan dipotong
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu makan serbuk kunyit
3 sudu besar tepung goreng ayam
Garam dan gula secukupnya

Bahan yang ditumbuk halus
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar ketumbar

Cara-cara-
Gaul kesemua bahan keatas ayam yang telah dipotong.
Perap 2 jam. Goreng ayam hingga masak dan kekuningan.
Sedia dihidang.

Pucuk Manis & Keledek Masak Lemak


Bahan-bahan-
400 gm daun pucuk manis
250 gm keledek dipotong kecil
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 cawan ikan bilis dicuci* ( Semua bahan*ditumbuk halus)
1 biji cili merah dihiris
4 cawan santan
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukupnya

Cara-cara-
Tumis bahan yang ditumbuk dgn sedikit minyak.
Masukkan serbuk kunyit, santan dan keledek. Kacau hingga keledek empuk.
Masukkan garam secukupnya.
Bila keledek empuk masukkan daun pucuk manis dan cili merah hiris.
Gaul rata. Tutup api.

Sambal Tomato


Bahan-bahan-
4 biji cili merah*
15 biji cili api*
2 inci belacan* ( Semua bahan* digoreng dgn sedikit minyak)
1 biji bawang besar dihiris kecil
1 biji tomato masak dipotong dadu
1/2 cawan air asam jawa
Sedikit garam dan gula

Cara-cara-
Cili merah, cili api dan belacan yang telah digoreng dikisar. Masukkan kedalam mangkuk.
Satukan kesemua bawang, tomato dan air asam jawa , gaul rata.
Rasa garam dan gula secukupnya.

Mee Goreng Sempoi


Assalamualaikum semua..
Dah sarapan..?  Pagi2 saya dh entry mee goreng sempoi.. anak2 dah kesekolah dan sebahagian mee ni pun dah dibekalkan.. apa lagi terus la ngadap PC.. sebagai surirumah sepenuh masa bila2 waktu boleh ngadap tapi kena bereskan kerjarumah dulu..
Bahan2 utk mee yang saya masukkan pun apa yang ada dlm petisejuk.. janji sedap dan boleh dimakan utk bahan mee goreng ni.. Jom tengok bahan2nya..

Bahan-bahan-
2 bungkus mee kuning dicuci dan toskan
2 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
1 sudu makan ikan bilis ditumbuk
15 biji bebola ketam dipotong kecil
3 biji telur
3 sudu besar cili kisar
2 sudu makan sos tiram
3 sudu besar cili sos
1 sudu makan sos ikan
Kicap secukupnya
1 mangkuk taugeh
Daun sup dan daun bawang

Cara-cara-
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar hingga wangi.
Masukkan bebola ketam, sos tiram, cili sos dan sos ikan. Masukkan telur dan gaul hingga telur nampak masak.
Masukkan mee dan taugeh sambil tuangkan kicap secukupnya.
Tabur daun sup dan daun bawang.
Sedia dihidangkan.

Tuesday, May 03, 2011

Reunion Ex-SIGS '83, 1st May @ The Zon JB

Assalamualaikum..
1 May yang lalu saya ke Johor Bahru bersama-sama kawan2 yang lain untuk bertemu rakan2 sekolah yang telah terpisah lebih kurang 28 tahun.. Mmg menyeronokan bila bertemu.. walaupun yang hadir dalam 23 org tetapi kemeriahan mcm 100 org yang hadir.. Terimakasih kepada pihak penganjur Pn Rashidah Md Dom dan Pn Faridah Hanim.. tak sangka walaupun semua dari berlainan kelas tp bila bertemu tetap semua peramah..


Kenangan yang tak dapat dilupakan.. meriah sekali semuanya..


Bermacam2 gaya.. seperti zaman sekolah lagi..

Insyaallah kita jumpa lagi dimasa akan datang..

Saturday, April 30, 2011

Asam Pedas Pari

Assalamualaikum semua dan selamat bercuti..
Minggu ni cuti panjang kerana menyambut Hari Pekerja pada 1hb Mei ini.. 3 hari.. lama tu.. ramai juga ambil kesempatan yg balik ke kampung.. Kemungkinan juga ramai yang bercuti memasak.. mana tau bercuti diluar kawasan bersama famili.. best kan...
Pagi2 ni saya dah entry menu untuk tengahari.. bukan apa.. untuk anak yang akan ditinggalkan nnti.. pukul 12 tghari ni saya akan ke Johor Bahru.. so kenalah masak dulu.. tak payah lah membeli.. pandai2lah nnti diaorg panaskan balik..
Menu saya sediakan Asam Pedas Pari.. Ramai diantara kawan2 pun dah mengetahuinya masakan ni.. jom tengok cara saya pula menyediakannya..


Bahan-bahan-
3 keping ikan pari dipotong kecil
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1/2 sudu makan lada hitam*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit* ( Semua bahan*dikisar)
2 batang serai diketuk
1 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Daun kesom

Cara-cara-
Tumis bahan2 kisar dan serai hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
Masukkan air asam jawa, air, garam dan gula. Masukkan ikan dan masak hingga mendidih.
Masukkan daun kesom. Tutup api.
Sedia dihidang.

Friday, April 29, 2011

Kari Ayam Kerisik


Bahan-bahan-
1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* ( Semua bahan*dikisar)
3 sudu besar serbuk kari bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan cili kisar
2 sudu besar kerisik
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
4 cawan santan
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis dan bahan kisar.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air dan cili kisar. Masak hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Masukkan santan, kerisik, garam dan gula.
Biarkan ayam masak dan kuah menjadi pekat.
Sedia dihidang.

Thursday, April 28, 2011

Bayam Tumis Air


Bahan-bahan-
1 ikat bayam
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Ikan bilis
Sedikit pati ikan bilis
Semangkuk air
Sedikit garam

Cara-cara-
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan air, ikan bilis, kiub pati ikan bilis dan garam. Biar mendidih.
Masukkan sayur bayam dan tutup api.
Sedia dihidang.

Wednesday, April 27, 2011

Nasi Ayam

Assalamualaikum..
Menu malam ni Nasi Ayam & Ayam Blackpaper.. dikira senang jugak la penyediaannya dan ada bermacam2 cara kita boleh buat.. Jom tengok cara saya menyediakannya..



Bahan-bahan untuk nasi-
4 cawan beras Basmathi dicuci dan toskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia* ( Semua bahan*dikisar)
1 sudu besar butter
Sedikit minyak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan disimpul
2 batang serai diketuk
Garam secukupnya

Cara-cara-
Panaskan minyak dan butter. Masukkan bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga cengkih masak hingga wangi.
Masukkan air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beras. Tutup periuk dan biar hingga nasi masak.


Cara penyediaan sup & ayam blackpaper-
1 ekor ayam dibelah 4 direbus dengan air secukupnya
4 biji bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
1 inci halia dihiris halus
1 sudu teh biji lada hitam ditumbuk
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Garam secukupnya
Tumis bahan yang dihiris hingga wangi. Masukkan air secukupnya.garam dan ayam masak hingga mendidih dan ayam separuh masak.
Angkat ayam. ketepikan.
Masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Ketepikan sup.


Cara penyediaan ayam-
Ayam yang telah direbus separuh masak
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu makan biji lada hitam ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos blackpaper
4 sudu besar kicap
Garam dan gula secukupnya
Ayam dilumur dengan semua bahan2 diatas dan perap dalam 1 jam. Letakkan dalam dulang pembakar dan letakkan sedikit marjerin.
Panggang ayam dalam oven hingga ayam masak.

Sos cili-
6 atau 7 batang cili merah*
3 ulas bawang putih* ( Semua bahan*dikisar)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukupnya
Semua bahan disatukan dan dimasak dengan api perlahan hingga mendidih.

Tuesday, April 26, 2011

Mee Goreng Basah

Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Dah makan malam ke? Menu saya malam ni simple aje.. Mee Goreng Basah..
Kebanyakkan semua dah tau kan resepi ni.. mungkin ada kelainan sikit kot pada bahan2nya.. hari2 makan nasi pun jemu jugak kan.. tukar2 menu la makan mee pulak.. Selalunya kalau saya goreng mee kuning tak letak garam sikit pun kerana bahan spt sos dan kicap semua telah menambah rasa masin..
Ok la mari kita jamu selera..


Bahan-bahan-
2 bungkus mee kuning
1 mangkuk isi ayan dihiris nipis
1 bungkus fishball dihiris
1 kiub pati ayam
2 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
4 sudu besar cili kisar - tambah jika hendak pedas
2 sudu makan sos tiram
4 sudu besar cili sos
Sedikit air
Kicap manis secukupnya
Taugeh
Daun sup dan daun bawang
Tomato
Bawang goreng

Cara-cara-
Mee kuning dicuci dan toskan.
Tumis semua bawang dan cili kisar hingga naik bau. Masukkan ayam dan fishball.
Masukkan sos tiram dan cili sos dan kacau. Tambah jika pekat.
Masukkan mee dan taugeh sambil gaul rata baru tuangkan kicap secukupnya.
Tutup api dan letakkan daun bawang, tomato dan bawang goreng.
Siap untuk dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...