Thursday, November 10, 2011

Puding Roti Kukus


Puding Roti Kukus.. sedap dimakan ketika sejuk.. bersama sos kastard.. boleh pakai roti gardenia tetapi saya menggunakan french loaf kerana sedia ada dirumah..


Bahanbahan:
1/2 buku french loaf (150 gm)
500 ml susu segar
2 sudu makan gula
2 biji telur
2 sudu besar butter
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit kismis ikut suka

Cara-cara:
Roti dikoyak2kan.
Telur dikacau bersama gula dan telur higga sebati. Masukkan esen dan susu segar.
Masukkan roti, kismis dan biarkan seketika sehingga roti larut bersama-sama adunan tadi.
Masukkan butter dan kacau rata.
Masukkan adunan kedalam acuan utuk dikukus.
Kukus selama 1/2 jam atau sehingga masak
Sejukkan didalam petisejuk dahulu baru dihidang bersama sos.

Sos kastard:
1 tin susu cair / susu segar
2 susu makan gula
1 susu besar tepung kastard - dibancuh dgn sedikit air
Sedikit air jika perlu

Kacau semua bahan diatas api perlahan. Masak sehingga mendidih dan sedikit pekat.


Selamat mencuba..

3 comments:

  1. as-salam
    npk sedap puding roti ni..kalau dimkn sejuk2 sedap tak..?

    ReplyDelete
  2. lina sedapnya puding roti tu.. suka!

    ReplyDelete
  3. tak pernah buat sebab ada seorang kawan tu...rajin buat ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...