Wednesday, December 26, 2012
Lemak Tempoyak Tenggiri & Belimbing Berpetai
LEMAK TEMPOYAK TENGGIRI & BELIMBING BERPETAI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
6 keping ikan tenggiri
3 papan petai
15 biji belimbing buloh
1 helai daun kunyit - dihiris halus
2 batang serai - dititik
2 sudu besar tempoyak
4 cawan santan
Garam dan gula secukup rasa
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
20 biji ciliapi*
1 in kunyit hidup* - semua bahan*dikisar
Cara-cara :
Masukkan santan, tempoyak, serai dan semua bahan yang dikisar halus didalam periuk. Masak diatas api perlahan.
Masukkan ikan dan kacau hingga masak.
Masukkan belimbing buloh dan petai. Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun kunyit dan tutup api.
Sedia dihidang.
Friday, December 21, 2012
Laksa Kelantan
Assalamualaikum..
Laksa Kelantan.. menu hari ini.. kesukaan sekeluarga.. laksa kelantan ini rasa dan resepi lebihkurang sama dengan laksam.. sedap dan rasa kuah lemak ikannya..
LAKSA KELANTAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 bungkus laksa - direndam dan dicelur
1 kg ikan kembung - direbus
10 biji bawang merah*
1 in halia*
1 sudu makan biji lada hitam* - semua bahan ini dikisar
Santan secukupnya - ikut kepekatan
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya
Bahan-bahan lain :
1 batang timun - disagat
6 batang kacang panjang - dihiris
2 biji bawang besar - dihiris
1 mangkuk taugeh
Hirisan daun kesum
Sambal belacan
Limau kasturi
Cara-cara :
Ikan yang telah direbus diambil isinya.
Kisar bersama air rebusan ikan hingga habis. Ketepikan.
Masukkan santan dan bahan yang dikisar kedalam periuk. Masak diatas api perlahan.
Masukkan isi ikan yang dikisar dan asam keping. Kacau hingga mendidih.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Hidangkan.
Butter Cake
KEK BUTTER
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan:
250 gm pure butter
180 gm gula castor
4 biji telur gred A
1 sudu kecil butter vanilla
200 gm tepung kek
50 gm tepung gandum
1/2 cawan susu segar
Cara-cara:
Panaskan oven.
Alas loyang dengan kertas minyak dan sapu sedikit mentega.
Pukul buter dan gula hingga gebu dan putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji. Pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli susu segar hingga habis.
Kacau sehingga rata.
Masukkan adunan kedalam loyang 8x8.
Bakar 170C dalam 45 - 50 minit.
Sejukkan baru dihidang.
Thursday, December 20, 2012
Meehoon Goreng Putih
Assalamualaikum..
Meehoon Goreng Putih.. menu tengahari bersama dua anak dara saya.. masakan ringkas memandangkan tengahari ini tinggal bertiga sahaja.. lagipun mereka tidak cerewet apa yang dimasak itulah diaorang makan.. Jom lihat resepi yang ringkas dan mudah ni..
MEEHOON GORENG PUTIH
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1/2 bungkus meehoon - direndam
15 ekor udang sederhana besar
1 bungkus fishball
1 cawan taugeh
Daun kucai secukupnya
1/2 batang carrot - disagat
1 biji bawang besar - dicincang
4 ulas bawang putih*
1 sudu kecil biji lada hitam*
1 sudu besar udang kering* - semua bahan*ditumbuk halus
2 sudu makan sos tiram
1/2 kiub pati ayam
2 biji telur - dikacau
Garam secukupnya
Bawang goreng untuk tabur
Cara-cara :
Meehoon yang direndam dan toskan.
Tumis bawang besar dan semua bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Tuang sos tiram, udang dan fishball. Kacau rata.
Masukkan telur yang telah dikacau dan kacau hingga rata dan telur hancur.
Masukkan meehoon dan sedikit air. Kacau hingga meehon lembut.
Masukkan taugeh, carrot dan daun kucai. Kacau hingga semua rata.
Perasakan garam secukupnya.
Tabur sedikit bawang goreng dan hidang.
Wednesday, December 19, 2012
Sup Sawi Bebola Ikan
SUP SAWI BEBOLA IKAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
250 gm sawi hijau
250 gm bebola ikan
2 keping tauhu - dibelah empat
1 biji bawang besar - dihiris
4 ulas bawang putih - dihiris
1/2 in halia muda - dihiris
1 kiub pati ikan bilis Maggi
Air secukupnya
Sedikit bawang goreng
Garam secukupnya
Cara-cara :
Sawi dan bebola ikan dicuci bersih.
Tumis semua bahan yang dihiris hingga layu.
Masukkan air, garam dan kiub pati ikan bilis. Biar mendidih.
Masukkan tauhu dan bebola ikan. Kacau.
Masukkan sawi dan bawang goreng.
Sedia dihidang.
Pengat Ubi Kayu
PENGAT UBI KAYU
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
500 gm ubi kayu
5 cawan santan
100 gm gula melaka
1/4 cawan sagu biji - cuci dan toskan
3 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
Cara-cara :
Masukkan santan, daun pandan, gula merah dan garam kedalam periuk. Masuk hingga semua larut.
Masukkan ubi kayu dan kacau hingga ubi empuk.
Perasakan gula secukupnya.
Sedia dihidang,
Tuesday, December 18, 2012
Nasi Ayam & Ayam Panggang Madu
NASI AYAM & AYAM PANGGANG MADU
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan untuksup:
1 ekor ayam dipotong empat
Air secukupnya untuk sup
1 in halia dihiris halus
4 ulas bawang putih diketuk
1 kuib pati ayam Maggi
Sedikit bawang goreng
Daun sup & bawang secukupnya
Garam secukupnya
Semua bahan disatukan dan masak hingga mendidih.
Angkat ayam dan toskan. Ketepikan.
Bahan untuk ayam panggang madu :
Ayam yang telah direbus
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
5 sudu besar madu
Semua bahan dilumur rata keatas ayam.
Perap dalam 15 minit.
Bakar didalam oven hingga warnanya kekuningan.
Angkat.
Bahan untuk nasi ayam:
3 cawan beras Basmathi - cuci dan toskan
4 3/4 cawan sup ayam
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan
1 in halia dihiris
3 ulas bawang putih diketuk
1 biji bawang besar dihiris
2 sudu makan butter
Garam secukupnya
Masukkan semua bahan kedalam periuk elektrik.
Tekan dan biar nasi masak.
Sedia dihidang.
Bahan-bahan lain:
Timun
Tomato
Salad
Sunday, December 16, 2012
Asam Kari Ikan Pari
ASAM KARI IKAN PARI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 kg ikan pari - dipotong
2 biji terung - dipotong
2 biji tomato - dibelah dua
2 batang bunga kantan - dibelah dua
Daun kesum secukupnya
1/2 cawan cili kisar
1/2 cawan rempah kari ikan
1/2 cawan jus air asam
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Bahan utk dikisar :
10 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 in kunyit
1 in halia
1/2 in lengkuas
4 biji buah keras
1 in belacan
Cara-cara :
Panaskan minyak. masukkan semua bahan yang dikisar dan serai dan masukkan cili kisar. Kacau hingga naik minyak.
Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau hingga garing.
Tuang air secukupnya serta air asam jawa. Perasakan garam dan gula.
Masukkan ikan, terung dan bunga kantan. Akhir sekali masukkan tomato dan daun kesum. Biar mendidih.
Sedia dihidang.
Friday, December 14, 2012
Asam Pedas Tenggiri & Jeruk Sawi Asin
Assalamualaikum semua..
Asam Pedas Tenggiri Bersama Jeruk Sawi Asin.. menu tengahari ini.. sudah lama juga dapur saya tidak berasap.. hari ini baru boleh bermula masak kerana sebelum ini pergi bercuti..
Asam pedas memang menjadi kesukaan sekeluarga tidak kira ikan atau ayam.. Kali ini saya letakkan jeruk sawi asin.. sungguh menyelerakan makan bersama telur masin dan sedikit sambal belacan dan ulam..
ASAM PEDAS TENGGIRI & SAWI JERUK ASIN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
5 keping ikan tenggiri
2 kelopak jerik sawi asin - direndam dan toskan
1 cawan cili kisar
1/2 cawan jus asam jawa
3 cawan air
8 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1/2 in belacan*
1/2 in halia*
1/2 sudu teh lada hitam* - semua bahan dikisar
1/2 in lengkuas - dititik
1/2 sudu serbuk kunyit
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar dan serbuk kunyit hingga naik minyak dan garing.
Masukkan air asam jawa dan air secukupnya.
Masukkan sawi jeruk asin.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan ikan dan kacau perlahan dan biar hingga mendidih.
Sedia dihidang.
Monday, December 03, 2012
Tumis Udang Dan Terung Bercili
TUMIS UDANG DAN TERUNG BERCILI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
300 gm udang - dibersihkan
250 gm terung telunjuk - dibelah dan direndam
1 biji bawang besar - dicincang
3 ulas bawang putih*
2 biji cili merah*
1/2 in belacan* - ditumbuk halus
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh sos ikan
Sedikit garam dan gula
Cara-cara :
Tumis bawang besar dan semua bahan yang ditumbuk hingga layu. masukkan serbuk kunyit.
Masukkan udang dan terung dan kacau rata. Tuang sedikit sos ikan.
Perasakan garam dan sedikit gula secukupnya.
Sedia dihidang.
Thursday, November 29, 2012
Kuey Teaw Goreng
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Kuey Teaw Goreng.. sarapan pagi ini.. yang mudah dan ringkas resepinya.. tidak pedas dan sedap bagi anak-anak saya yang suka kuey teaw ini..
KUEW TEAU GORENG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 bungkus kuey teaw
1 biji bawang besar - dicincang
4 ulas bawang putih - dicincang
1 bungkus bebola ikan - dihiris
1 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos mee
1 sudu makn sos ikan
1 sudu makan serbuk lada hitam
2 biji telur
Kicap manis secukupnya
Taugeh
Daun sup & bawang
Bawang goreng
Cara-cara :
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan cili kisar, sos dan serbik lada hitam.
Telur dikacau dahulu dan tuangkan kedalam kuali.
Kacau dan masukkan kuey teaw, kicap taugeh dan daun bawang & sup. Gaul sebati.
Sedia dihidang. Sedap dimakan bersama kicap yang dihiris ciliapi.
Tabur bawang goreng.
Tuesday, November 27, 2012
Nasi Lemak Kuning
Assalamualaikum..
Nasi Lemak Kuning.. kali ini saya masak secara tumis dan letakkan sedikit serbuk kunyit.. rasa lebih sedap kerana tumisan bawang, halba, serai dan daun pandan membuatkan nasi lemak ini lebih wangi..
NASI LEMAK KUNING
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
3 cawan beras Basmathi - direndam 1/2 jam dan toskan
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia* - semua bahan*dihiris
2 batang serai diketuk
3 helai daun pandan
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh halba
4 1/2 cawan santan
Garam secukupnya
Cara-cara :
Masukkan beras dan santan kedalam periuk elektrik. Biarkan.
Panaskan kuali dan tumis bahan yang dihiris, serbuk kunyit, serai, halba dan daun pandan hingga wangi.
Masukkan bahan yang ditumis kedalam periuk yang berisi nasi. Masukkan garam secukupnya dan kacau rata.
Tekan dan biar nasi hingga masak.
Sedia dihidang.
Bahan bahan lain :
Sambal tumis
Telur
Timun
Ayam goreng
Kacang
Ikan bilis goreng
Monday, November 26, 2012
Kek Coklat Kukus
Assalamualaikum..
Kek Coklat ni memang sedap dan lembap.. tidak terlalu manis. Banyak kali juga saya menggunakan resepi ini.. semalam saya buat untuk dibekalkan anak untuk balik asrama.. Jika ingin mencuba lihat resepi dibawah ini..
KEK COKLAT KUKUS
Bahan-bahan :
80 gm koko*
1 tin susu cair*
250 gm susu pekat*
250 gm gula perang* - semua bahan*dilarutkan diatas api perlahan
200 gm minyak jagung
4 biji telur
160 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
3/4 sudu teh sodabikarbonat* - semua bahan* disatukan dan diayak
Cara-cara :
Panaskan pengukus.
Bahan yang dilarutkan diatas api tidak perlu sampai mendidih. Biarkan.
Pukul telur hingga kembang. Masukkan adunan yang dilarutkan dan kacau hingga rata.
Masukkan adunan tepung sedikit demi sedikit diikuti minyak jagung.
Kacau adunan hingga sebati. Biarkan adunan dalam 10 minit baru dikukus.
Kukus dalam 1 jam.
Sejukkan dahulu baru dipotong.
Masak Lemak Rebung & Perut
MASAK LEMAK REBUNG & PERUT
Dari dapur ; Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
500 gm rebung madu
500 gm perut
15 biji cili api merah*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 in halia* - semua bahan*dikisar
2 batang serai - diketuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 keping asam gelugur
Santan secukupnya
Garam secukupnya
Cara-cara :
Masukkan bahan yang dikisar kedalam periuk dan tuang santan secukupnya.
Masukkan serai, serbuk kunyit dan perut dan masak hingga lembut dan mendidih.
Masukkan rebung dan asam gelugur. dan kacau rata.
Perasakan garam secukupnya.
Sedia dihidang.
Saturday, November 17, 2012
Soto Daging & Tulang
Soto Daging & Tulang.. menu tengahari.. lama juga tak makan soto daging bercampur tulang ni.. hari minggu begini baru dapat membuatnya kerana semua ada di rumah.. lagipun dengan keadaan cuaca hujan ini sedap dan nyaman rasanya dapat menghirup sup panas..
SOTO DAGING & TULANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan untuk kuah soto :
1 kg daging
1 kg tulang berdaging
1 biji bawang besar - dihiris
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
1 in lengkuas*
1 sudu besar ketumbar*
4 biji buah keras* - semua bahan dikisar
2 sudu besar rempah soto
4 batang serai - diketuk
Rempah tumis - 4 sekawan
1 bungkus sup bunjut
Air secukupnya
Garam secukupnya
Bahan-bahan lain :
Nasi impit
Taugeh
Carrot disagat
Daun sup & bawang
Bawang goreng
Limau nipis
Cili kicap
Cara-cara :
Tumis bahan yang dikisar dan rempah ratus hingga wangi. Masukkan serai dan rempah soto.
Tuang air secukupnya.
Masukkan sup bunjut, daging dan tulang. Perasakan garam secukupnya.
Masak hingga daging empuk. Angkat daging dan potong nipis untuk dimakan bersama nasi impit.
Masukkan sedikit daun bawang, daun sup dan bawang goreng kedalam kuah soto.
Sedia dihidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)