Monday, June 13, 2011
Bak Choy Bersos Tiram
Bahan-bahan-
6 pokok sayur bak choy
5 ulas bawang putih dicincang halus
3 biji cili api dipotong halus
3 sudu besar sos tiram
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan tepung jagung dibancuh dgn sedikit air
1 keping dada ayam dipotong kecil
Sedikit garam
Cara-cara-
Sayur sawi bak choy dicelur seketika. Ketepikan.
Tumis bawang putih dan cili api hingga wangi. Masukkan potongan ayam dan tumis hingga ayam masak.
Masukkan sos tiram, kicap manis dan air tepung jagung. Kacau rata.
Tuang keatas sayur yang dicelur tadi.
Sunday, June 12, 2011
Happy Birthday Zhafran
Hari ini 12 June adalah harijadi anakku yang kedua Akmal Zhafran.. ke 20 tahun.. dah semakin nak dewasa anak mama yer.. dilahirkan di Johor Bahru.. seorang anak yang kirakan rajin menolong jugak la..huhu
Suka makanan masakanku dan suka memuji kalau masakan sedap.. suka berborak sambil buat kelakar.. haha..
Birthday zhafran hari ini sempena dgn Hari Bapa.. bertuah Zhafran yer..
Suka makanan masakanku dan suka memuji kalau masakan sedap.. suka berborak sambil buat kelakar.. haha..
Birthday zhafran hari ini sempena dgn Hari Bapa.. bertuah Zhafran yer..
* Mama doakan Zhafran semoga berjaya dlm pelajaran dan berjaya dalam kehidupan.. semoga dipanjangkan usia & menjadi anak yang soleh & taat terhadap kedua ibubapa.... mama selalu berdoa yang terbaik utk anak2 mama.*
Kari Kambing
Assalamualaikum dan selamat petang..
Penat juga hari ni terkejar2 masa.. masak pun lewat.. tapi takpe semuanya berjalan dgn teratur..
jadi juga nak masak kari kambing hari ni..
Sedap dimakan bersama roti atau roti jala.. tapi saya sekeluarga makan bersama nasi putih jer.. resepi kari kambing ni diambil dari koleksi resepi saya.. sedap gak mmg ikut citarasa seisi keluarga..
Jom layan resepi kari kambing ni..
Bahan-bahannya-
1 kg daging kambing
1/2 kg tulang kambing
8 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
2 inci halia* ( Semua bahan*dikisar)
Rempah tumis
3 sudu besar rempah kari*
2 sudu makan rempah beriani* ( Satukan dan dikacau dgn sedikit air)
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar bawang goreng
4 cawan santan pekat
5 biji kentang dibelah 4
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara-
Tumis bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan beriani dan masak hingga naik minyak.
Masukkan daging dan tulang yang telah dibersihkan. Tuang sedikit air dan masak hingga empuk.
Masukkan santan, kentang, sos cili, bawang goreng dan asam gelugur.
Rasa garam dan gula secukupnya dan masak hingga mendidih.
Sedia dihidang.

Macaroni Goreng Blackpaper
Assalamualaikum semua..
Sudah sarapan ke semua? Pagi ni saya menyediakan Macaroni Goreng Blackpaper.. berat sikit la utk pagi ni kerana utk tengahari lewat sikit ke dapur.. ada urusan sikit hari ini.. nnti tak la anak2 kelaparan sementara saya masak utk lunch nnti..
Bahan-bahannya-
500 gm macaroni
3 biji bawang besar diotong dadu
6 ulas bawang putih*
1 sudu makan jintan manis* ( Semua bahan*ditumbuk halus)
2 sudu makan lada hitam yg ditumbuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
500 gm daging cincang
1 tin cendawan butang dihiris
1/2 biji green capsicum dihiris
1/2 biji red capsicum dihiris
1/2 batang lobak dipotong panjang
Hirisan daun sup & daun bawang
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara-
Macaroni direbus hingga kembang. Tos dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih, jinta dan lada hitam hingga wangi.
Masukkan sos tiram, sos tomato dan sos cili. Kacau sebati.
Masukkan daging cincang dan kacau sehingga daging masak.
Masukkan macaroni, green capsicum, red capsicam dan carrot.
Kacau sebati dan masukkan garam dan sedikit gula. Rasa secukupnya.
Sedia dihidang dan tabur daun sup & daun bawang.

Puding Roti Bersos Kastard
Assalamualaikum..
Selamat pagi semua.. puding ni saya buat malam tadi.. pagi ni baru la sempat nak entry.. mudah jer membuatnya..biasa la cuti sekolah ni kena rajin sikit masuk dapur.. anak semua ada dan macam2 nak makan..

Sedap dimakan ketika sejuk..
Bakar terlalu garing tapi sedap.. anak2 semua suka.. Jom layan resepi ni..
Bahan-bahan-
8 keping roti
500 ml susu segar*
4 sudu besar gula*
2 sudu besar butter dicairkan*
2 biji telur*
1 sudu teh esen vanilla*
1 sudu besar tepung jagung*
1 sudu kecil serbuk cinnamon* ( Semua bahan disatukan)
2 sudu besar kismis
Cara-cara-
Butter dicairkan dan ketepikan.
Koyakkan roti dan susun didalam loyang yang diglis dengan butter.
Satukan bahan* dan kacau hingga larut dan tuang keatas roti.
Biarkan sebentar dalam 20 minit hingga semua roti terendam sepenuhnya.
Tabur kismis diatas adunan.
Bakar didalam oven selama 30 minit- 180C. Hingga nampak kekuninggan.
Sedia dihidang dgn sos kastard.
Untuk sos kastard-
1 tin susu cair
2 sudu makan tepung kastard
2 sudu besar gula
Semua bahan disatukan dan dikacau diatas api perlahan. masak hingga mendidih.
Mackerel Masak Kari
Bahan-bahan-
1 tin Mackerel
2 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1/2 in halia* ( Semua bahan*dihiris halus)
1 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari
1 pelepah daun kari
2 keping asam gelugur
1 cawan santan
Tomato
Sedikit garam dan gula
Cara-cara-
Tumis kesemua bahan yang dihiris halus dan daun kari hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah kari. Masak hingga pecah minyak.
Masukkan Mackerel, santan dan asam gelugur. Kacau hingga mendidih.
Rasa garam dan gula secukupnya. Masukkan tomato. Tutup api.
Sedia dihidang.
Friday, June 10, 2011
Kaswi Pandan
Assalamualaikum..
Sekejap jer dah hari Jumaat.. dua hari lagi anak2 akan kembali kesekolah.. begitu sekejap masa berlalu.. dua minggu bercuti pun banyak kerja sekolah yang perlu diaorang buat.. Alhamdulillah dapat juga habiskan kerja yg diberi cikgu..
Ok la.. Menu untuk pagi saya menyediakan Kaswi Pandan.. sedap dan terasa perasa jus pandan.. selalunya kita makan kaswi gula merah.. hari ini kita tukar selera pula perasa dari daun pandan..
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan air kapur
1 cawan gula
1 camca teh garam
6 cawan air jus pandan ( 10 helai daun pandan dikisar)
Sedikit perwarna pandan
Kelapa parut putih
Cara-cara-
Semua bahan disatukan kemudian dikisar. Tapis.
Masukkan kedalam periuk dan kacau diatas api hingga keluar wap. Tutup api.
Tuang kedalam acuan atau loyang.
Kukus jika dlm acuan kecil dalam 15 minit dan loyang dalam 20 minit hingga masak.
Sejukkan baru dikeluarkan dari acuan atau dipotong.
Sedia dihidang dengan kelapa parut putih.
Thursday, June 09, 2011
Rich Cocoa Pudding
Assalamualaikum..
Pagi2 lagi anak perempuan saya nak makan pudding.. main order je yer.. saya suruh buat sendiri je.. belajar2 la buat resepi yang senang ni.. bahan2 pun telah sedia ada.. ikut je resepi..
Resepi ni saya ambil dari rumah Azlita Aziz.. terimakasih Ita.. suka sangat dengan pudding koko ni.. Boleh la mencubanya ye..
Bahan-bahan utk pudding-
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko
1/2 cawan susu powder
1 cawan gula
4 sudu besar tepung jagung
1/2 camcateh garam
1/2 camcateh esen vanilla
10 gm serbuk jelly
3 camcabesar mentega
Satukan semua bahan kecuali mentega.
Masak diatas api perlahan dan kacau hingga gula larut dan likat. Tutup api.
Masukkan mentega dan kacau hingga mentega larut.
Masukkan kedalam acuan.
Sejukkan.
Bahan utk kuah pudding-
1 tin susu cair
1 cawan air
1 susu makan tepung kastard
6 susu makan gula
1 tin fruits cocktail
Satukan semua bahan kecuali fruits cocktail dan kacau diatas api perlahan hingga mendidih.
Sejukkan dalam petisejuk.
Sedia dihidang bersama pudding, fruitscocktail dan ais ketul.

Wednesday, June 08, 2011
Mee Hoon Sup Ala Utara
Assalamualaikum..
Seharian saya selalu begitu sibuk jer.. masak pun ala kadar.. semenjak dua menjak ni.. tapi hari ni teringin pulak nak makan mee hoon sup utara.. lagipun cuaca panas kalau dpt menghirup sup mmg segar sekali..
Mee hoon sup ni saya ikut citarasa dan kesedapan saya sendiri.. boleh tahan sedap.. anak2 pun semua suka..
.
Ikutkan mee sup utara ni tak banyak bahan2 lain utk dimakan bersama sup.. tapi saya sediakan bahan2 yg disukai keluarga.. Jom intai resepi saya ni..
Bahan-bahan utk sup-
1 kg daging bercampur sedikit lemak
1/2 kg tulang
6 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 inci halia*
1 sudu makan lada hitam* ( Semua bahan*dikisar)
Rempah tumis
1 1/2 inci lengkuas dititik
2 bungkus sup bunjut
1 sudu besar rempah sup
Air secukupnya
Garam secukupnya
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Cara-cara-
Tumis bahan yang dikisar, rempah tumis dan rempah sup hingga wangi.
Masukkan air, daging dan tulang, rebus hingga daging empuk.
Masukkan garam secukupnya.
Jika kurang air tambah lagi.
Masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Bahan-bahan lain-
1 bungkus mee hoon direndam dgn sedikit serbuk kunyit.
Celur dan toskan.
Daging dihiris nipis
Taugeh
Limau kasturi
Lobak jeruk dicincang
Bawang goreng
Daun sup & daun bawang
Sos sambal-
1 cawan cili kisar
2 sudu makan sos cili
1 sudu makan cuka
4 ulas bawang putih ditumbuk halus
Garam dan gula secukupnya
Semua bahan disatukan dan dimasak. Jika dimakan dgn cili jeruk pun sedap.

Tuesday, June 07, 2011
Nasi Lemak Pandan
Assaalamualaikum semua..
Sudah lama juga saya tidak bersiaran disini.. bukan apa ada hal yang tak dapat dielakkan.. baru balik dari Ipoh kerana ibu mertua saya meninggal dunia pada 3 Jun yang lepas.. mood untuk memasak pun malas jer.. Hari ini baru ada mood..
Nasi Lemak Pandan adalah menu saya sekeluarga untuk hari ini.. ringkas dan mudah bahan yang perlu disediakan.. dimakan bersama sambal tumis ikan bilis, ayam goreng berempah, timun dan telur rebus..
Bahan-bahan-
5 cawan beras dicuci dan toskan
2 cawan santan pekat
4 1/2 cawan air daun pandan
2 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
1 inci halia* ( Semua bahan*dihiris)
Rempah tumis
2 batang serai dititik
1 sudu kecil lada hitam ditumbuk halus
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Cara-cara-
Beras yang telah dicuci dimasukkan kedalam rice cooker.
Tumis rempah tumis, bahan yang dihiris dan serai hingga wangi. Masukkan kedalam periuk nasi yang berisi beras.
Masukkan santan, air daun pandan, lada hitam tumbuk, daun pandan dan garam. Kacau sebentar.
Masak nasi seperti biasa.
Bila masak sedia dihidang.

Friday, May 27, 2011
Tilapia Merah Masak Sos
Bahan-bahan-
2 ekor talapia merah
2 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1/2 inci halia muda dihiris
1 batang serai diketuk
3 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu teh sos ikan
1 helai daun limau purut dihiris halus
5 biji cili api dihiris - utk hiasan diatas ikan
Garam & gula secukupnya
Cara-cara-
Ikan dilumur bersama garam dan kunyit kemudian digoreng garing. Ketepikan.
Tumis semua bahan yang dihiris dan serai. masukkan cili kisar dan kacau hingga garing.
Masukkan sos cili, sos ikan, garam dan gula secukup rasa.
Taburkankan daun limau purut dan kacau.
Tuang kuah sos diatas ikan serta tabur cili api yang dihiris.
Sedia dihidang.
Pucuk Paku Masak Lemak
Bahan-bahan-
500 gm pucuk paku
4 cawan santan
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 gengam ikan bilis*
5 biji cili padi* ( Semua bahan*ditumbuk halus)
1 batang serai diketuk
1 biji cili merah dihiris
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara-cara-
Tumis bahan yang ditumbuk dan serai.
Masukkan santan, garam, serbuk kunyit dan cili merah hiris.
Bila mendidih, masukkan pucuk paku. kacau hingga mendidih.
Tutup api dan sedia dihidang.
Thursday, May 26, 2011
Serimuka Pandan
Assalamualaikum..
Serimuka adalah kuih yg paling saya suka.. saya ambil resepi dari kawan saya yg berniaga kuih ni.. sedap, terasa lemak dan manis.. kuih org dulu2 yang masih ada hingga sekarang.. kat mana2 majlis pun kelihatan kuih ni.. tak jemu..
Sebenarnya saya sudah lama tak membuatnya.. atas permintaan anak perempuan, buatkan la jugak.. bukan apa kdg2 mood membuat kuih ni malas.. hehe.. kalau beli kdgkala kena yg tak beberapa sedap.. tu geram gak kan.. Ok la jom tgk resepi saya ni..
Bahan untuk bhg bawah-
2 1/2 cawan pulut
Santan paras pulut
Sedikit garam
Pulut direndam selama 2 jam.
Kukus pulut dan masukkan sedikit garam bersama santan ikut paras pulut.
Bila pulut mengembang gaul2kan dan kukus lagi.
Angkat. Sediakan loyang 9x9 dan letakkan alas plastik.
Masukkan pulut yg telah dikukus dan tekan2 hingga mampat. Biarkan.
Bahan untuk bhg atas-
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan gula
Sedikit garam
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan pekat
2 biji telur
Pewarna hijau pandan
Semua bahan disatukan dan gaul hingga gula larut. Tapis.
Tuang kedalam periuk dan masak diatas api perlahan.
Bila nampak sedikit pekat atau naik wap, tuang adunan keatas pulut yang telah ditekan tadi.
Kukus hingga masak dalam 20 minit.
Sejukkan baru dipotong dan hidang.

Wednesday, May 25, 2011
Gulai Ikan Tongkol
Assalamualaikum semua..
Menu saya utk tengahari ini adalah Gulai Ikan Tongkol.. nak katakan saya tak pernah masak ikan tongkol ni.. kecuali makan di gerai jer.. hari ni ingin mencubanya.. berjaya juga hari ini saya masak.. saya ambil dari koleksi majalah masakan.. boleh tahan sedap jugak rasanya..
Jom layan resepi ni..
Bahan-bahan-
1 ekor ikan tongkol dipotong
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci kunyit*
1 inci halia*
1 inci lengkuas* ( Semua bahan*dikisar)
2 sudu makan rempah kari
1 sudu makan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
4 cawan santan
Garam secukupnya
Sedikit gula
Cili padi
Daun kesom
Tomato
Cara-cara-
Tumis bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah kari dan cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan santan, air asam jawa dan daun kesom.
Masukkan ikan. Rasa garam secukupnya.
Bila ikan masak masukkan cili padi da tomato.

Tuesday, May 24, 2011
Sup Daging
Selamat malam semua.. hari ini saya menyediakan sup daging utk keluarga.. cuaca panas mcm ni elok kalau kita buat sup.. terasa segar jer bila dihirup kuahnya panas2.. sedap rasanye.. ianya boleh dimakan bersama mee hoon atau nasi.. kalau nak pedas boleh tambah dgn sambal kicap..
Bahan-bahan-
1 kg daging
5 biji kentang dibelah 4
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu makan ketumbar*
1/2 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan lada hitam* ( Semua bahan*dikisar)
Rempah tumis
1 sudu makan rempah sup
Air secukupnya
Garam secukupnya
Daun bawang & daun sup
Bawang goreng
Cara-cara-
Tumis semua bahan yang dikisar, rempah tumis dan rempah sup hingga wangi.
Masukkan daging, garam dan air secukupnya. Rebus hingga daging empuk.
Bila daging empuk masukkan kentang. Rasa garam secukupnya.
Masukkan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
Sedia dihidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)