Friday, December 23, 2011

Sambal Sotong


Sambal Sotong.. sedap dimakan besama nasi lemak.. saya menggunakan sotong yang kecil.. kalau sotong yang besar saiznya hendaklah dipotong bulat.. Jom lihat resepinya yg mudah ini..

Bahan-bahan:
1/2 kg sotong dicuci dan tos
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang merah*
1 in belacan* (Semua bahan*dikisar)
2 cawan cili kisar
1/2 cwn air asam jawa
Garam & Gula secukupnya

Tumis bawang besar dan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cilikisar dan kacau hingga garing dan naik minyak.
Tuang air asam jawa, garam dan gula.
Masak hingga pekat.
Masukkan sotong dan gaul rata dan masak.
Sedia dihidang.



Saturday, December 17, 2011

Soto Ayam


Assalamualaikum semua...
Soto Ayam... menu saya sekeluarga untuk hari ini.. sudah agak lama tidak membuatnya.. mudah sahaja penyediaanya jika semua bahan telah sediaada dipetisejuk.. sedap dimakan jika sup panas bersama bergedil daging dan sambal kicap.. Jom lihat resepi dari saya...


Bahan untuk sup:
1 ekor ayam dipotong empat
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
2 in halia*
4 biji buah keras*
1 sudu besar ketumbar* (Semua bahan dikisar)
3 sudu besar rempah soto Mak Siti
2 in lengkuas dititik
5 btg serai diketuk
Rempah tumis
Air secukupnya
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Garam secukupnya
Sedikit gula

Tumis semua bahan yang dikisar dan rempah tumis hingga wangi. Diikuti rempah soto dan kacau hingga masak.
Masukkan air, serai, lengkuas, garam, gula dan ayam dan biar mendidih.
Masukkan daun bawang dan bawang goreng.
Angkat ayam dan sejukkan sebentar dan siatkan halus.


Nasi empit secukupnya direbus hingga masak. Sejukkan baru dipotong kiub.


Bahan-bahan yang lain:
Bergedil daging
Sambal kicap
Taugeh
Ayam yang telah disiat
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Soon goreng
Kacang tanah goreng


Selamat mencuba pasti sedap...

Wednesday, December 07, 2011

Bun Kelapa


Assalamualaikum dan selamat pagi...
Bun Kelapa.. sedap dan lembut.. nak perhabiskan inti kelapa yang lalu buat kuih ketayap.. roti ni sedap dimakan untuk minum pagi dan petang.. resepinya adalah resepi koleksi simpanan saya..


Sedap dimakan panas2 yang baru keluar dari oven.. fav anak2 semasa cuti sekolah ni ada je permintaan untuk saya buatkan sesuatu untuk mereka..

Bahan-bahan:
600 gm tepung berprotin tinggi
60 gm gula halus
2 sudu bear tepung susu
2 sudu teh bread improver
11 gm yeast
1 sudu kecil garam
1 biji telur
2 50 ml air sejuk (+ -)
70 gm butter

Cara-cara:
Satukan semua bahan kecuali air dan butter.
Uli hingga rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga adunan sebati.
Masukkan butter dan uli hingga licin dan kental.
Tutup doh dgn towel dan perap hingga doh naik berganda.
Angkat doh dan uli sambil tumbuk2kan untuk buang angin didalam doh.
Bentukkan bulat dalam anggaran 50gm dan isi inti kelapa.
Rehatkan dalam 10 minit. Sapu telur dan tabur kelapa kering diatasnya.
Bakar didalam oven 170C dalam 20 minit hingga kekuningan.

Tuesday, December 06, 2011

Mee Jawa


Assalamualaikum dan selamat malam..
Mee Jawa.. menu makan malam.. sudah agak lama juga tidak membuatnya.. hari tu saja menjengah ke dapur Yatie @ Sinar Kehidupanku untuk mencari resepi mee jawa.. terus tertarik dengan mee jawa ni.. sedap rasanya.. memang menjadi citarasa saya sekeluarga.. terimakasih Yatie berkongsi resepi ni.. Jom lihat resepinya..


Bahan utk kuah:
1/2 kg keledek - direbus dan dikisar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
3 btg serai*
Sedikit halia*
Sedikit lengkuas*
100 gm udang kering* (Semua bahan*dikisar)
2 sudu besar cili kisar
3 sudu besar serbuk kari daging
Air rebusan daging secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Panaskan minyak kedalam periuk.
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan serbuk kari dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan air rebusan daging dan keledek yang dikisar.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.

Bahan2 yang lain
1 kg mee kuning - dicelur
1/2 kg daging yg telah direbus dan dihiris
1 bungkus fishcake - di celur dan dihiris nipis ( saya tambah)
300 gm taugeh - dicelur
3 keping tauhu - dihiris nipis
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Cili hijau / cili merah - dihiris
Telur rebus


Mee kuning yang dicelur..


Selamat mencuba pasti sedap...

Kuih Ketayap


Kuih Ketayap.. makan panas2  waktu sarapan pagi atau minum petang.. kuih lama yang sedap dan mudah dibuat..

Bahan-bahan:
2 cawan tepung
1 biji telur
Sedikit garam
1 cawan air
1 cawan air daun pandan
Sedikit pewrna pandan

Semua bahan dikisar halus.
Panaskan kuali dan sapu sedikit minyak.
Masukkan adunan.
Bila masak masukkan inti kelapa dan gulung.

Bahan inti:
1 biji kelapa parut putih
1/2 buku gula melaka
Gula ikut kemanisan
2 sudu makan tepung ubi
Sedikit garam
2 helai daun  pandan

Satukan semua bahan kedalam kuali.
Masak hingga sebati dan kering.
Biarkan sejuk.


Monday, December 05, 2011

Lemak Udang Rebung


Lemak Udang Rebung... pedas dengan cili api dan manis rasa kuah udang yang baru.. saya campurkan dgn sedikit rebung..

Bahan-bahan:
1/2 kg udang
300 gm rebung
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
10 biji cili api* - lebih jika mahu pedas lagi
1 in kunyit*  (Semua bahan* dikisar)
2 btg serai diketuk
1 keping asam gelugur
Santan secukupnya
Sedikit garam

Cara-cara:
Satukan semua bahan kisar, serai, asam gelugur dan santan didalam periuk
Kacau diatas api yang sederhana hingga mendidih.
Masukkan rebung dan sedikit garam
Bila mendidih masukkan udang dan kacau sebati.
Sedia dihidang.

Sunday, December 04, 2011

Donut Kentang


Assalamualaikum dan selamat petang..

Donut Kentang.. menu untuk minum petang pada hari ini.. lembut dan gebu.. diluar hujan dengan lebat ni memang sedap makan panas2 bersama secawan teh0 panas.. Jom kita layan..

Bahan-bahan:
300 gm kentang - direbus dan dilenyek
1 kg tepung
1 sudu teh baking powder
150 gm butter
22 gm yeast - Mauripan
2 sudu besar gula halus
1/2 cawan susu pekat manis
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air suam (+ -)
Gula aising utk salut

Cara-cara dengan menggunakan mesin pengadun:
Yeast dilarutkan bersama sedikit air suam.
Satukan semua bahan kecuali air didalam bekas dan gaul rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga doh menjadi licin dan kental.
Angkat doh dan rehatkan selama 1/2 jam.
Biar doh mengembang 2x ganda.
Kemudian ulikan doh dan buangkan angin
Bulat-bulatkan doh dalam 40gm. Biar dalam 10 minit.
Goreng hingga kekuningan dan masak.
Gaul bersama gula castor.

Saturday, December 03, 2011

Talam Kacang Merah


Bahan-bahan utk lapisan bawah:
1 cawan kacang merah - direbus empuk dan kering
3 1/2 cawan santan
1 1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
Sedkit garam
Sedikit pewarna merah

Panaskan pengukus dan letakan loyang 9x9'' yang beralas pastik.
Ambil 1/2 dari santan diatas untuk dikisar bersama kacang merah yang telah direbus.
Satukan semua bahan yang lain bersama santan dan tapis.
Kemudian satukan bersama kacang merah yang dikisar dan masakkan hingga naik wap.
Tuang keatas loyang dan tutup.Kukus dalam 10 minit.

Bahan-bahan untuk lapisan atas:
3 cawan santan
1 cawan tepung beras
2 sudu makan tepung jagung
1/4 cawan gula
Sedikit garam

Satukan semua bahan dan tapis
Masakkan diatas dapur hingga keluar wap.
Garis2kan dgn menggunakan garfu dilapisan bawah sebelum tuang adunan atas.
Kukus hingga 20 atau 25 minit
Sejukkan dahulu baru dipotong.

Friday, December 02, 2011

Pancake Pisang


Pancake Pisang.. untuk sarapan pagi..

Bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bicarbonat
1/2 cawan gula
1 biji telur
Sedikit garam
1 cawan pisang lenyek
1 3/4 cawan susu cair
1/2 cawan minyak jagung

Cara-cara:
Satukan semua bahan.
Kacau dengan menggunakan whisk sehingga sebati. Biarkan adunan dalam 10 minit.
Panaskan non stik pan dan tuang aduanan.
Buat hingga habis.
Sedia dihidang.

Thursday, December 01, 2011

Asam Pedas Daging


Asam Pedas Daging.. menu hari ini.. asam pedas merupakan lauk yang paling digemari saya sekeluarga.. tidak kira asam pedas ikan atau ayam.. hari ini saya menyediakan asam pedas daging yang bercampur sedikit tetel..

Bahan-bahan:
600 gm daging
400 gm tetel
8 biji bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 in belacan*
1 1/2 in halia*
1 1/2 in lengkuas*
1 in kunyit*
4 biji buah keras* (Semua bahan*dikisar)
1 cawan cili kisar
3/4 cawan air asam jawa
3 btg serai dititik
4 helai daun limau purut
Air secukupnya
Sedikit garam dan gula

Cara-cara:
Tumis semua bahan yang dikisar dan serai hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging dan sedikit air. Masak hingga empuk.
Masukkan air asam, daun limau, garam dan sedikit gula.
Masak hingga daging mendidih.
Sedia dihidang.

Tuesday, November 29, 2011

Nasi Lemak Sambal Sotong


Nasi lemak Sambal Sotong.. menu tengahari yang simple.. permintaan anak-anak yang sedang cuti sekolah..

Bahan untuk nasi:
4 cawan beras
5 1/2 cawan santan
1 biji bawang besar dihiris
1 in halia dihiris
1 batang serai diketuk
2 helai daun pandan
Sedikit minyak
Sedikit garam

Semua bahan disatukan kedalam periuk nasi letrik.
Tekan dan biar hingga masak.
Gaul rata.

Bahan untuk sambal sotong:
500 gm sotong dibersihkan dan tos
2 cawan cili kisar
2 biji bawang besar dihiris
Sedikit belacan
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Tumis bahan yang dihiris hingga layu.
Masukkan belacan dan kacau rata.
Masukkan cili kisar dan air asam. Masak hingga garing.
Masukkan garam dan gula.
Bila cili sudah garing masukkan sotong. gaul rata dan sotong masak.
Sedia dihidang.

Tempe Goreng Berempah


Tempe Goreng Berempah.. makanan yang digemari saya sekeluarga.. sedap dimakan begitu saja atau bersama nasi.. goreng garing dan cicah dengan sambal kicap.. memang menyelerakan..

Bahan-bahan:
2 bungkus tempe dipotong nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk kari
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis*
3 ulas bawang putih* (Semua bahan*ditumbuk halus)
2 sudu besar tepung beras
Sedikit garam

Tempe digaul bersama bahan yang dikisar, kunyit, serbuk kari dan garam. Gaul sebati.
Masukkan tepung dan gaul rata.
Goreng hingga garing .
Sedia dihidang.

Saturday, November 26, 2011

Asam Kari Ikan


Assalamualaikum..
Asam Kari Ikan.. menu tengahari yang sungguh menyelerakan bagi saya sekeluarga.. memang sedap.. cukup rasa asam dan garamnya.. saya telah menjengah ke DTS yang banyak resepi asam kari ikan yang menyelerakan.. Terimakasih Cik Mat.. memang sedap masakan ini..

Bahan-bahan:
600 gm ikan - ikut citarasa
1 biji terung
2 biji tomato
1 genggam daun kesom
2 btg serai dititik
2 kuntum bunga kantan
1/2 cawan cili kisar
1 1/2 camca besar rempah kari
1 1/2 cawan jus asam jawa
Air secukupnya
Sedikit garam dan gula
3 biji bawang merah dihiris
1 ulas bawang putih dihiris

Bahan-bahan dikisar:
8 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 in lengkuas
1/2 in halia
1/2 in kunyit hidup
3 biji buah keras
1/2 in belacan

Cara-cara:
Panaskan minyak dalam periuk. Tumisan bawang yang dihiris dan serai hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, cili kisar dan masak hingga garing.
Masukkan bancuhan rempah kari kacau hingga naik minyak.
Masukkan air, jus asam jawa dan masak hingga mendidih.
Masukkan ikan, terung, daun kantan dan daun kesom. Masukkan garam dan sedikit gula. Biar mendidih.
Akhir sekali maskkan tomato dan tutup api.
Sedia dihidang.

Wednesday, November 23, 2011

Muffin Pandan Kelapa


Assalamualaikum..
Muffin Pandan Kelapa.. memang sedap rasa lemak dan baunya wangi kelapa dan perasa pandan bila dibakar.. memang ikut citarasa saya sekeluarga muffin ini.. dihidang untuk minum petang.. bahan-bahan yang diperlukan pun mudah didapati..


Muffin ini saya berkongsi resepinya dari DTS.. tapi saya ada mengubah sedikit bahan-bahannya mengikut citarasa saya.. terimakasih Cik Mat berkongsi resepi muffin yang sedap ini.. Jika ingin mencuba lihat resepi dibawah ini..

Bahan-bahan:
250 gm butter
150 gm gula halus
4 biji telur
300 gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
100 gm kelapa kering
2 camcabesar serbuk santan
1/2 cawan susu segar
2 camcateh pes pandan
1/2 sudu teh garam
Sedikit kelapa kering untuk ditabur

Cara-cara:
Panaskan oven 170C.
Susun acuan muffin diatas dulang pembakar.
Tepung disatukan dengan kelapa keing, serbuk santan, baking powder dan garam
.Putar butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu hingga rata.
Masukkan tepung yang bercampur bahan kering berselang- seli dengan susu segar hingga habis.
Tuang 3/4 adunan kedalam acuan muffin. Tabur kelapa kering diatasnya.
Bakar hingga masak 20-25 minit.
Sedia dihidang.

Ikan Keli Bercili


Assalamualaikum...
Ikan Keli Bercili.. menu tengahari yang simple.. makan bersama sayur  kacang buncis tumis dan telur dadar.. agak lama juga saya tidak makan ikan keli.. anak-anak yang suka sangat masakan ini.. 

Bahan-bahan:
4 ekor ikan keli yang sederhana besar
1 biji bawang besar dicincang
8 biji cili merah*
Sedikit belacan* (semua bahan*dikisar halus)
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara:
Ikan dipotong dan dibersihkan. Lumur dengan garam dan kunyit dan sedikit tepung. Goreng hingga garing.
Tumis bawang yang dicincang dan cili yg dikisar hingga garing.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Tuang keatas ikan yang telah digoeng.
Sedia dihidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...