Assalamualaikum..
Kari Ayam Lengkuas ini adalah menu semalam saya.. pagi ini baru ada kesempatan utk entry.. sedap.. saya lupa dari dapur siapa saya ambil resepi ini.. terimakasih kepada yang empunya kerana berkongsi resepi ayam kari yang sedap ini..
Sedap dimakan bersama roti atau roti jala..
Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 biji kentang
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in kunyit*
1 in halia*
3 biji buah keras*
15 biji lada hitam* ( Semua bahan*dikisar)
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 inci lengkuas hiris dan dititik
Rempah tumis ( 4 sekawan)
3 tangkai daun kari
2 keping asam gelugur
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari dikacau dgn sedikit air
4 cawan santan
Garam secukupnya
Cara-cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris, rempah tumis, daun kari hingga wangi. Masukkan bahan yang dikisar, rempah kari, lengkuas dan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan ayam, kentang dan kacau hingga ayam kecut.
Masukkan asam gelugur, gula merah dan garam.
Masukkan santan dan masak hingga mendidih dan rasa garamnya.
Sedia dihidang.