Monday, September 23, 2013
Spaghetti Berkuah Ayam Sos Lada Hitam
SPAGHETTI BERKUAH AYAM SOS LADA HITAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 bungkus spaghetti - direbus
600 gm isi ayam - potong dadu
50 gm cendawan Cina - direndam dan dipotong
1 biji bawang besar - potong dadu
10 biji bawang putih - dicincang
1 1/2 in halia muda - dicincang
2 sudu makan sos tiram
2 sudu besar sos cili
1/2 cawan sos lada hitam
3/4 cawan kicap manis
2 sudu lada hitam tumbuk
1 kuib pati ayam
4 cawan air
2 sudu besar tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
Garam & gula secukupnya
Daun ketumbar
Carrot - disagat
Cara-cara:
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia hingga layu.
Masukkan ayam dan lada hitam tumbuk. Kacau hingga ayam masak.
Masukkan semua sos dan kicap manis. Tuang air dan kacau.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Bila mendidih masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan sedikit daun ketumbar. Tutup api.
Sedia dihidang.
Sediakan mangkuk dan masukkan spaghetti dan tuang kuah ayam sos lada hitam tadi.
Sagatkan carrot dan sedia dimakan..
Wow! menggoda laaa....
ReplyDeletesedapnya spaghetti kt sini...
ReplyDelete