PUDING JAGUNG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
20 gm serbuk agar-agar
3/4 cawan gula
1100 ml air
1 tin susu cair
1 tin krim jagung
1/2 cawan tepung kastard
1/2 sudu kecil pewarna kuning
Cara-cara :
Masakkan agar-agar, gula dan air hingga mendidih dan semua bahan larut.
Satukan susu cair bersama tepung kastard dan kacau sebati kemudian masukkan kedalam agar-agar dan kacau sebati dan mendidih.
Masukkan krim jagung dan kacau. Tutup api.
Masukkan kedalam acuan atau loyang.
Sejukkan didalam petisejuk sebelum dihidang.
salah satu emnu yg ada dlm list nk buat ramadhan ni..hihi
ReplyDeletecomelnya puding tuan umah
Mmmm...nyum2x.... sedapnyaaa
ReplyDelete