Sunday, July 14, 2013
Nasi Tomato
NASI TOMATO
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
4 cawan beras Bathmati - rendam 20 minit dan toskan
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 pokok daun ketumbar - hiris
1/2 cawan kismis
2 helai daun pandan
Rempah tumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelada
4 sudu besar tomato puree
3 besar sos tomato
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak jagung
Garam secukupnya
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in halia* - semua bahan* dihiris halus
Cara-cara :
Panaskan minyak sapi dan minyak jagung di dalam periuk letrik di atas dapur.
Tumiskan rempah tumis, daun pandan daun ketumbar dan bahan yang dikisar hingga layu.
Masukkan air, susu cair, tomato pure dan sos tomato. Kacau rata.
Masukkan beras, daun pandan dan garam.
Tekan dan biar nasi masak.
Angkat penutup dan masukkan kismis. Gaul dan tutup balik. Biar sebentar.
Sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment