Tuesday, May 14, 2013

Sotong Goreng Kunyit



SOTONG GORENG KUNYIT
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
8 ekor sotong - dibersihkan dan dipotong
2 biji tomato - dipotong
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 in halia muda*
6 biji ciliapi merah* Semua bahan*dihiris halus
1 keping asam gelugur
Sedikit kecil serbuk kunyit
Garam & gula secukup rasa

Cara-cara :
Sotong digoreng terlebih dahulu dengan sedikit minyak sehingga sedikit kecut. Angkat dan toskan.
Panaskan minyak dan tumis semua bahan yang dihirs hingga layu.
Masukkan kunyit dan asam gelugur.
Masukkan sotong dan tomato dan kacau rata.
Perasakan sedikit garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment