Wednesday, May 01, 2013

Pisang Nangka Goreng



Pisang Goreng.. untuk minum petang sambil menonton tv... menu petang yang paling mudah menyediakannya.. Jom buat.. :)

PISANG NANGKA GORENG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 sisir pisang nangka
1/2 cawan tepung goreng pisang ADABI
3/4 cawan tepung beras
1/2 cawan air @ secukupnya tidak terlalu cair
2 sudu besar air kapur
Garam secukupnya
Sedikit serbuk kunyit

Cara-cara :
Campurkan semua bahan kering didalam mangkuk.
Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan sebati.
Panaskan minyak dan salutkan pisang kedalam adunan dan goreng hingga kekuningan.
Sedia dihidang.



2 comments:

  1. Rindu nak makan pisang goreng nangka... lama tak jumpa pisang ni!

    ReplyDelete
  2. Salam kak lina..

    sedapnya makan pisang goreng..kalau tabur dengan cheddar chez atau makan dengan sambal memang sedap or makan dengan kuah susu..hehe..

    singgah sini..

    ReplyDelete