Assalamualaikum semua..
Ayam Goreng Kunyit Daun Kari.. masakan simple hari ini saya masak.. sedap dimakan bersama bubur nasi.. wangi daun kari semasa ditumis.. memang sedap.. Jom tengok resepinya..
Ayam Goreng Kunyit Daun Kari
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan:
500 gm isi ayam yang dipotong kecil
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 in halia muda* ( Semua bahan*dihiris)
6 tangkai cili kering digunting halus serong - tambah jika nak pedas
2 pelepah daun kari
1 sudu kecil biji sawi
Serbuk kunyit
Garam secukupnya
Sedikit gula
Cara-cara:
Ayam yang telah dipotong digaul bersama serbuk kunyit dan garam.
Goreng hingga masak dan jangan garing. Angkat dan toskan minyak.
Keluarkan sedikit minyak gorengan ayam tadi.
Tumis semua bahan yang dihiris, daun kari dan cili kering hingga garing.
Masukkan sedikit serbuk kunyit, dan biji sawi.
Masukkan pula ayam dan kacau hingga rata. Masukkan garam dan sedikit gula.
Sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment