Sunday, November 13, 2011

Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol


Assalamualaikum semua..
Nasi Dagang dan Gulai ikan tongkol... menu tengahari tadi.. sudah agak lama juga tidak membuatnya.. selalunya kalau saya teringin hendak makan akan membelinya sahaja.. memandangkan sekarang anak2 saya sudah mengemarinya terpaksa juga buat sendiri.. mudah juga penyediaanya..

Nasi dagang ini juga sedap dimakan bersama gulai ikan atau ayam.. acar timun juga sebagai sayurannya..

Bahan utk nasi:
4 cawan beras nasi dagang*
1 cwan beras pulut* (disatukan dan rendam semalaman)
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih* (Semua bahan dihiris halus)
2 sudu makan halba
Santan cair
Santan pekat
Garam secukupnya

Panaskan pengukus.
Masukkan beras didalam sebuah bekas dan digaul bersama santan cair. Kukus dalam 10 minit atau naik wap.
Angkat dan masukkan santan pekat, halba dan bahan2 yang dihiris dan garam gaul sebati.
Kukus sekali lagi lebihkurang 20 min atau sehingga lembut dan masak.


Bahan utk gulai ikan:
1 ekor ikan tongkol (Ikut citarasa)
1 biji bawang besar dihiris
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia
1 in lengkuas*
1 in kunyit*
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis* (Semua bahan*dikisar halus)
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan rempah kari
4 keping asam gelugur
1 biji timun dibelah potong kecil
5 biji cili api
Santan secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Caracara:
Tumis bawang besar hingga layu kemudian semua bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan rempah kari dan cili kisar. Kacau hingga naik minyak.
Masukkan santan, asam gelugur dan ikan.
Masukkan garam dan timun.
Sedia dihidang.


Bahan utk acar:
1 btg timun
1 btg carrot dipotong halus
3 biji cili api dihiris halus
2 sudu makan cuka
Garam dan gula secukupnya

Semua bahan digaul hingga rata. Rasa garam dan gula secukupnya dan hidang.
Selamat mencuba...

4 comments:

  1. sedapnya..lum pernah msk sendiri lagi nasi dagang ni:)

    ReplyDelete
  2. waaa...sedapnyer nasi dagang...semalam cadang nk buat, tp tak terlaksana,
    kita makan kat sini yer..hehehe...

    http://cendanakasih.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Nieza... ni pun baru pertama kali akak buat.. sedap.. :)


    Cendana Kaih... memang berbaloi.. semua dl rumah suka makan..


    cik cek.. dulu anak2 tak berapa suka.. skrg ni tukar plak dh jadi kegemaran diaorg..

    ReplyDelete