Wednesday, February 25, 2015

Nasi Ayam Dan Ayam Panggang Madu



NASI AYAM DAN AYAM PANGGANG MADU
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 ekor ayam - dipotong empat
Air secukupnya untuk sup
1 biji bawang besar - dihiris
1 1/2 in halia - dihiris
5 ulas bawang putih - diketuk
1 kiub pati ayam Maggi
Sedikit bawang goreng
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Garam secukupnya

Semua bahan disatukan kedalam periuk dan masak hingga ayam masak dan mendidih.
Angkat ayam dan toskan.

Kuah sos hitam
4 ulas bawang putih dicincang
2 sudu makan Sos Tiram
2 sudu makan sos cili
Kicap secukupnya
1 cawan sup ayam
1 sudu kecil tepung jagung - bancuh dgn sedikit air

Tumis bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan sup, sos tiram, sos cili dan kicap. Masak hingga mendidih.
Masukkan bancuhan air tepung jagung dan kacau.


Bahan untuk ayam panggang madu :
Ayam yang telah ditoskan
3 sudu besar sos tiram
4 sudu besar kicap manis
5 sudu besar madu

Semua bahan dilumurkan keatas ayam.
Perap ayam sehingga 20 min.
Panaskan oven dan bakar ayam sehingga kekuninggan
Angkat dan potong.

Bahan untuk membuat nasi ayam:
3 cawan beras basmathi - direndam 20 min dan toskan
4 3/4 cawan sup ayam
1 batang serai - diketuk
2 helai daun pandan
1 in halia - dihiris
2 sudu makan butter
Garam secukupnya

Satukan kesemua bahan kedalam periuk nasi letrik.
Gaul rata. Tekan dan biarkan sehingga nasi masak.

bahan-bahan lain :
Timun
Tomato
Salad
Cili sos Thai




2 comments:

  1. lapar lah pulak bila tengok malam2 ni

    ReplyDelete
  2. Waaa...yang ni saya suka....menyelerakan set nasi ayam itew...

    ReplyDelete