Tuesday, February 04, 2014

Puding Kastard Karamel



PUDING KASTARD KARAMEL
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
10 gm serbuk agar-agar
130 gm gula
800 ml air
1 tin susu cair (400ml)
20 gm tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula*
6 sudu besar air* - untuk buat karamel

Cara-cara :
Masak gula dengan api sederhana hingga bertukar warna keemasan dan berbuih.
Masukkan air pelahan-lahan dan kacau rata. Tuang kedalam acuan atau loyang. Biarkan.
Satukan air, susu cair, gula dan tepung kastard. Kacau hingga larut dan tapis.
Masakkan semua bahan dan kacau. Masukkan agar-agar serbuk dan kacau hingga semua larut dan mendidih dan nampak sedikit pekat.
Tuang keatas acuan yang berisi karamel. Tunggu puding suam dan masukkan kedalam petisejuk dalam 2 atau 3 jam.
Keluarkan dan hiaskan bersama buah peach jika suka.
Sedia dihidang.



No comments:

Post a Comment