Sunday, February 02, 2014
Nasi Ayam Sos Lada Hitam
NASI AYAM SOS LADA HITAM - 7 orang
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan untuk sup ayam :
1 ekor ayam - dipotong 4
2 1/2 liter air
1 biji bawang besar - dicincang
6 ulas bawang putih - dicincang
2 1/2 in halia - dihiris
Daun sup dan daun bawang secukupnya
Bawang goreng - secukupnya
1 kiub pati ayam Maggi
Garam secukupnya
Cara-cara :
Masukkan kesemua bahan ayam, bawang, halia, garam, kiub ayam dan air kedalam periuk.
Masak hingga mendidih sehingga ayam empuk.
Masukkan daun sup dan daun bawang serta bawang goreng.
Ketepikan
Untuk Ayam :.
Angkat ayam dari periuk.
Lumurkan dengan sedikit sos tiram, kicap dan madu.
Bakar didalam oven sehingga kulit ayam keemasan.
Potong kecil dan hidangkan.
Bahan untuk nasi ayam ;
4 cawan beras - direndam 15 minit dan toskan
5 1/2 cawan sup ayam
4 ulas bawang putih -dicincang
1 in halia - dihiris
2 helai daun pandan
1 batang serai - dititik
3 sudu besar butter
Garam secukupnya
Masukkan beras kedalam periuk letrik
Masukkan semua bahan kedalam periuk nasi dan kacau rata dan tekan. Biarkan nasi masak.
Gaul dan sedia dihidang.
Bahan untuk kuah sos lada hitam:
2 cawan sup ayam
1/4 cawan kicap
2 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos lada hitam
2 sudu besar sos cili
3 sudu makan lada hitam tumbuk
2 sudu kecil tepung jagung - gaul dengan sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Satuka kesemua bahan kedalam periuk.
Masakkan kuah hingga mendidih dan pekat.
Tuang ke atas ayam yang telah dipotong.
Bahan-bahan lain :
Salad
Timun
Tomato
Bestnyaaa....
ReplyDeleteDa try bt td...mmg sedap..tq
ReplyDeleteSedap sangat. Tq resepi
ReplyDeleteMencari nasi ayam kuah blackpepper....terjumpa post sis..serius sedap!! Tq!
ReplyDeletebestnye bilw komen blog orang, terus perut lapar
ReplyDeleteKalau nk pakai yepung kgndum boleh jugak ke
ReplyDeleteAlhamdulillah. Saya dah buat.. Menjadi dgn elok.. Sedap nasi, sup dan ayam tu.. Terima kasih tuan punye resepi.. Semoga murah rezeki Dan sihat selalu.
ReplyDeleteTengok dan pelajari, Sarah rasa nasi ayam cara you post dan gambar nya pun nampak menyelerakan. Terima Kaseh. I Follow your style. The Best dan TerBaik 👍👍👍!!!
ReplyDelete