NASI LEMAK DAN RENDANG KERANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
4 cawan beras - dibersihkan dan tos
1 biji bawang besar - dihiris
1 in halia - dihiris
1 batang serai - dititik
Garam secukupnya
2 helai daun pandan
3 sudu besar minyak
5 1/2 cawan santan
Garam secukupnya
Cara-cara :
Satukan kesemua bahan kedalam periuk nasi letrik. Tekan dan tunggu sehingga masak.
Gaulkan nasi rata.
RENDANG KERANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 kg kerang yang telah dikopek kulit
10 biji bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 in kunyit*
3 batang serai*
15 biji ciliapi*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan manis* - semua bahan dikisar
1/2 cawan cili kisar
1 1/2 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
Tumis bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan santan dan gaul rata.
Masukkan kerang, asam keping, garam dan gula.
Gaul semua bahan hingga sebati.
Masukkan kerisik. Gaul rata.
Perasakan garam dan gula secukupnya. Masak hingga pekat.
Taburkan daun kunyit.
Sedia dihidang.
Dah lama tak masak nasi lemak kt umh ni...Boleh cuba resepi kat sini plk..makan ngn rendang kerang...
ReplyDelete