Wednesday, October 23, 2013
Serimuka Pandan
SERIMUKA PANDAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan untuk bahagian bawah:
2 1/2 cawan beras pulut - rendam 4 jam
2 cawan santan
1 sudu kecil garam
Cara-cara:
Panaskan pengukus.
Masukkan pulut, santan dan garam dalam loyang.
Kukus sehingga pulut masak dan lembut. Kacau dan kukus sebentar,
Angkat pulut dan masukka kedalam loyang 9x9 beralaskan plastik dan tekan mengunakan senduk hingga rata. Biarkan didalam pengukus.
Bahan untuk bahagian atas:
1 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil garam
1 cawan air daun pandan
2 cawan santan pekat
Sedikit pewarna pandan
Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kacau larut kemudian tapis.
Masakkan diatas api perlahan sambil kacau hingga sedikit pekat dan naik wap.
Tuang keatas pulut tadi dan kukus selama 20 minit atau sehingga masak.
Sejukkan dahulu baru dipotong.
salam lina, ni kuih peberet anak Liza...kalau dia tgk ni kompem dia suruh buat...
ReplyDeleteSedapnyaaa....dah lama tak makan seri muka....
ReplyDeletecantik dan berserinya seri muka tu!!!
ReplyDelete