Saturday, September 14, 2013

Cucur Jagung Berudang



CUCUR JAGUNG BERUDANG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum*
1 sudu makan yis segera* - satukan
1 cawan jagung biji
1 cawan udang basah - dipotong dua
1 biji bawang besar - dicincang
1 biji cili merah - dicincang
1/2 sudu kecil kunyit serbuk
Daun kucai secukupnya
1 sudu makan garam
1/2 sudu kecil gula
1 1/4 cawan air - tambah sedikit jika kurang

Cara-cara ;
Masukkan tepung kedalam bekas.
Tuang semua bahan dan kacau rata.
Masukkan air sedikit demi sedikit hingga semua adunan rata dan sebati.
Biarkan adunan dalam 15 minit.
Panaskan minyak. jemputkan adunan dan goreng hingga masak dan kekuningan.
Angkat dan toskan.
Sedia dihidang bersama sos cili.


No comments:

Post a Comment