Wednesday, July 10, 2013

Puding Balqis



PUDING BALQIS
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Sumber : Secubit Garam

Bahan-bahan :
1 paket agar2 serbuk (10 gm)
450 ml air
150 ml susu cair
2 biji telur
5 sudu besar gula
3 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pes coklat - Pewarna ikut citarasa sendiri

Cara-cara :
Masakkan agar-agar, air dan gula hingga larut dan mendidih.
Kemudian masukkan susu cair dan butter. Kacau rata dan mendidih.
Masukkan esen vanila dan tutup api. Biarkan seketika dalam 15 - 20 min agar-agar suam panas.
Pukul telur hingga kembang. Buangkan dahulu talipusat untuk mengelakkan bau hanyir.
Masukkan adunan agar-agar kedalam adunan telur tadi. Kacau perlahan hingga sebati.
Bahagi adunan kepada dua bahangian. Masukkan pewarna yang disukai.
Tuang adunan kedalam acuan atau loyang berselang seli dan perlahan supaya tidak bercampur dengan lapisan pertama hingga habis.
Sejukkan didalam petisejuk baru dihidang.


1 comment: