Wednesday, July 10, 2013
Nasi Ayam Hainan
NASI AYAM HAINAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan untuk sup:
1 ekor ayam - diporong 4
Air secukupnya untuk membuat sup
1 1/2 in halia - dihiris
4 ulas bawang putih - dicincang
1 kiub pati ayam
Daun sup/bawang
Bawang goreng
Garam secukupnya
Cara-cara :
Semua bahan disatukan dan masukkan air.
Masak hingga ayam lembut dan masak.
Angkat ayam dan ketetepikan. Bila sejuk potongkan ayam kecil-kecil.
Bahan untuk nasi :
4 cawan beras
5 1/2 cawan sup ayam
1 in halia - dihiris
3 ulas bawang putih - diketuk
2 helai daun pandan
1 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak
Garam secukupnya
Cara-cara :
Panaskan minyak dan mentega. didalam periuk letrik.
Masukkan bawang, halia dan daun pandan.
Masukkan air, garam dan beras.
Tekan dan tunggu nasi hingga masak.
Untuk buat sos cili :
15 biji cili merah dibuang biji
1 in halia
3 ulas bawang putih
1/2 botol sos cili Thai
2 camca besar jus limau nipis
Air secukupnya
Sedikit garam dan gula
Semua bahan dikisar hingga halus.
Masukkan kedalam periuk bersama bahan-bahan yang lain.
Masak hingga mendidih.
Untuk sos kicap :
1 1/2 cawan air rebusan ayam
1/2 cawan kicap manis
2 sudu besar sos tiram
4 sudu besar sos cili
2 sudu makan tepung jagung - utk pekatkan kuah
1 sudu besar gula
Semua bahan disatukan.
Masak hingga mendidih.
Sayuran : Timun, Tomato dan Daun Salad
lama x buat nasi ayam..biasanya mkn kt luar je
ReplyDelete