Saturday, June 15, 2013

Sup Tauhu Telur



SUP TAUHU TELUR
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
4 bungkus tauhu telur - dipotong dua
1 keping dada ayam - potong dadu
1 batang carrot - potong dadu
1 mangkuk bunga kobis - dipotong
1 pokok daun ketumbar
1 biji bawang besar - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dicincang
1 in halia - dihiris halus
4 biji cili api
Bawang goreng secukupnya
1 kiub pati ayam
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan tepung jagung - bancuh dgn sedikit air
3 cawan air

Cara-cara :
Tauhu dipotong dua dan digoreng sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga wangi. Masukkan air.
Masukkan ayam, carrot, cili api dan bunga kobis.
Perasakan garam secukupnya serta kiub pati ayam.
Masukkan air tepung jagung.
Masukkan tauhu dan tutup api.
Bila dihidang taburkan daun ketumbar dan bawang goreng.




1 comment:

  1. nampak cm sedap jer..xpernah makan tauhu telur..nanti kena cuba ni..

    ReplyDelete