Wednesday, October 03, 2012

Tilapia Merah Bersos Thai



TALAPIA MERAH BERSOS THAI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 ekor ikan talapia merah
2 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 in halia muda*
6 biji ciliapi merah* - semua bahan*dihiris halus
2 sudu makan cili kisar
1 sudu makan sos tiram
1 sudu kecil sos ikan
3 sudu besar sos thai
2 helai daun limau purut - dihiris
1 pokok daun ketumbar - dihiris
1 biji limau purut - ambil jusnya
Garam & Gula secukupnya

Cara-cara :
Ikan talapia dilumur kunyit dan garam kemudian digoreng dahulu. Biarkan.
Tumis semua bahan yang dihiris hingga wangi. Masukkan cili kisar dan kacau.
Masukkan sos tiram, sos ikan dan sos thai. Kacau rata.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan jus limau, daun limau purut dan daun ketumbar.
Tuang keatas ikan talapia yang telah digoreng tadi.
Sedia dihidang.

4 comments:

  1. Rindunya nak makan talapia merah....

    ReplyDelete
  2. kak noor pun rindu jugak nak makan tilapia ni apa2 kaler sedap kot kan

    ReplyDelete
  3. Kak Noor dan Amie.. kalau rindu boleh cuba.. mmg sedap ikan talapia masak mcm ni.. :)

    ReplyDelete