Sunday, July 29, 2012

Kuih Buah Melaka



Assalamualaikum semua..
Menu makanan untuk berbuka sudah siap? Tentu masing2 sekarang sibuk didapur kan.. hari minggu semua ada dirumah tentu banyak menu yang disediakan untuk dinikmati bersama keluarga..
Hari ini juadah manisan saya kuih buah melaka.. kuih lama yang diminati sejak dulu lagi.. penyediaannya pun senang dan cepat dimakan..

Kuih Buah Melaka
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut
1/4 cawan tepung gandum
1 cawan air daun pandan - 4/5 helai daun pandan dikisar bersama air
Sedikit garam
Sedikit pewarna hijau pandan
Gula melaka secukupnya
2 cawan kelapa parut putih dicampur sedikit garam

Cara-cara:
Masak air didalam periuk.
Dalam sebuah bekas satukan tepung pulut, tepung gandum dan sedikit garam. Masukkan sedikit demi sedikit air pandan dan pewarna hijau sehingga menjadi doh lembut.
Bulat2kan seperti biji guli dan isikan sesudu kecil gula melaka,
Masukkan kedalam air yang sedang mendidih. Apabila buah melaka timbul menandakan telah masak.
Gaulkan kedalam kelapa dan buat sehingga habis.
Sedia dihidang.



3 comments:

  1. tengok buah melaka ni teringat masa kecik-kecik suka kacau mak gentel2... selamat berbuka Lina.

    ReplyDelete
  2. kalau bulan posa jer mesti ada kuih ni..mmg wajib jer kan..suka sgt makan bila gigit jer terasa gula melaka kt dalam tuh...

    ReplyDelete
  3. Puasa ni akak tak buat kuih langsung.

    ReplyDelete