Tuesday, June 19, 2012

Sambal Goreng Tempe



Sambal Goreng Tempe
By : Zalinah@Rempah Ratus

Bahan-bahan:
1 bungkus tempe* 
2 biji kentang* ( Semua bahan* dihiris dan digoreng garing )
1/2 cawan ikan bilis digoreng garing
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 sudu besar cili kisar
Sedikit kicap
Garam & gula secukupnya

Cara-cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu.
Masukkan cili kisar dan gaul hingga kering.
Masukkan garam dan gula.
Masukkan tempe, kentang dan ikan bilis yang telah digoreng garing. 
Masukkan sedikit kicap. Gaul rata hingga kering.
Sedia dihidang.


3 comments:

  1. Singgah sini dua tiga minit, nak tumpang ratah sambal goreng tempenya ye Lina!

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Amie.. sila singgah lg ye.. :)

    ReplyDelete
  3. emmm ...........
    tengok saja pun dah rasa sedap
    hanim mmg suka masakan yg ada tempe ni

    ReplyDelete