Friday, November 18, 2011
Kuih Cara Manis
Assalamualaikum...
Salam pagi Jumaat yang mulia ini.. semoga kita semua berada didalam keceriaan dan diberi kesihatan yang baik... Pagi ini saya ingin berkongsi menu sarapan pagi yang dikira paling senang membuatnya.. Kuih cara manis iaitu kuih orang lama..sedap dimakan untuk sarapan pagi atau minum petang..
Bahan-bahan:
2 1/4 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
3 cawan santan
Perwarna hijau / paste pandan
Sedikit gula - utk inti kuih
Sedikit minyak - utk disapu pada acuan
Cara-cara:
Satukan tepung, santan, garam, paste pandan dan telur kemudian kacau sebati.
Tapiskan adunan.
Panaskan acuan kuih cara diatas dapur dan sapu sedikit minyak didalamnya.
Masukkan adunan setengah drp acuan dan tuangkan sedikit gula (1/2 sudu teh)
Tuangkan lagi adunan hingga menutupi acuan.
Tutup dengan penutup periuk sehingga masak.
Angkat dan hidangkan.
salam Lina..lama dh tak buat cara manis ni...teringin pulak nk makan...sesuai utk minum petang & pagi kan.
ReplyDeleteWasalam Noorsafone.. mmg sedap makan panas2.. buat pun senang.. :)
ReplyDeleteKuih cara manis ni memang fav anak dara kak cek..aritu kak cek buat siap letak inti kaya lagi...sedap la pulak...:)
ReplyDeleteas-salam
ReplyDeleteselamat pagi lina..kuih cara manis tu npk sedaapp!! lapar dibuatnye..terliuq dah ni..
Assalamualaikum akak...
ReplyDeletelamanya dah diana x makan kuih nie.. mmg sedap... suka sgt makan... terliur dah nie akak..
saalam kak Lina....Liza dah lama xbuat kuih cara ni, acuan dah rosak, xterbeli yg baru lagi....
ReplyDelete