Bahan-bahan:
1 mangkuk isi ayam dihiris nipis
6 batang kacang panjang
1 batang carrot dipotong serong
200 gm bunga kobis
2 helai daun limau purut
2 biji bawang besar dihiris kasar
5 ulas bawang putih diketuk
2 batang serai diketuk
6 biji cili api - lebih kalau nak pedas
2 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos cili
3 sudu makan kicap manis
1 sudu makan pes tomyam
1 biji limau nipis - ambil jusnya
Cara-cara:
Tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga layu. Masukkan isi ayam dan kacau hingga ayam masak.
Masukkan cili api, sos tiram, sos cili, kicap manis dan pes tomyam. Rasa garam secukupnya.
Masukkan carrot, bunga kobis, kacang panjang dan daun limau. Gaul rata.
Masukkan jus limau. Tutup api.
Sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment