Thursday, July 14, 2011

Kari Ayam Lengkuas


Assalamualaikum..

Kari Ayam Lengkuas ini adalah menu semalam saya.. pagi ini baru ada kesempatan utk entry.. sedap.. saya lupa dari dapur siapa saya ambil resepi ini.. terimakasih kepada yang empunya kerana berkongsi resepi ayam kari yang sedap ini..

Sedap dimakan bersama roti atau roti jala.. 

Bahan-bahan:
1 ekor ayam
4 biji kentang
8 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in kunyit*
1 in halia*
3 biji buah keras*
15 biji lada hitam* ( Semua bahan*dikisar)
3 biji bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
2 inci lengkuas hiris dan dititik
Rempah tumis ( 4 sekawan)
3 tangkai daun kari
2 keping asam gelugur
1/2 camca besar gula melaka
3 camca besar rempah kari dikacau dgn sedikit air
4 cawan santan
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris, rempah tumis, daun kari hingga wangi. Masukkan bahan yang dikisar, rempah kari, lengkuas dan cili kisar dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan ayam, kentang dan kacau hingga ayam kecut.
Masukkan asam gelugur, gula merah dan garam.
Masukkan santan dan masak hingga mendidih dan rasa garamnya.
Sedia dihidang.

5 comments:

  1. Kak lina...kalau makan dengan pulut kuning mesti sedah nih...

    ReplyDelete
  2. Lina...emmmm...bahan2nya memang lain dari biasa kak cek masak kari ...boleh gak try ni....tq share2 resepi ek...:)

    ReplyDelete
  3. salam kak lina , nampak mengancam, fresh dan tak banyak minyak,kalau tambah cili lagi jadi ayam kalio pulak,boleh buat juadah open hause, makan dengan lomang kolo pilah.sodap.

    ReplyDelete
  4. cheq sue.. ye la kalau ada pulut kuning boleh mkn dgn kari ni kan.. ni kena buat sekali lg.. hehe

    cik cek.. mmg sedap.. berlainan rasa dgn kari yang saya selalu buat.. saya suka makan dgn roti..

    Chef.. sedap tau chef.. nak makan lomang tggu raya kot nanti baru ada jual.. tmpt saya takde jual.. hehe

    ReplyDelete
  5. Kak Lina, kat jalan Seremban >>> Kuala Pilah, lomang ado sepanjang jalan tu dan ada sepanjang tahun,siang malam ado, sesekali poei lah jenjalan.

    ReplyDelete