Saturday, July 09, 2011

Cucur Nasi Ikan Bilis


Assalamualaikum..

Hari ni semua penduduk disekitar KL berkurung kat rumah.. nak pergi jalan2 pun dkt kawasan rumah jer.. saya nak pergi melawat kawan sakit pun tak boleh polis buat road block kat mana2 tmpt.. tu buat kesesakan..
Tapi takpe hari ini kita buat perhimpunan bersih juga.. hehe.. bersihkan kawasan rumah jer le.. lagi selamat.. rumah pun bersih sedap mata memandang..
Dah penat bersihkan rumah.. jom layan pulak cucur ini.. cicah dgn sos cili.. makan tak berhenti2 sambil menghirup teh O panas.. betul tak?
Resepi ini saya ambil dari dapur CMG.. terimakasih kerana berkongsi resepi yang semuanya sedap2.. Jom kita lihat bahan-bahannya..

Bahan-bahan:
2 cawan nasi
2 cawan air
2 1/2 cawan tepung gandum
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 cawan ikan bilis dicuci
1/2 biji bawang besar dipotong dadu
1 biji cili merah dihiris halus
Daun sup & daun bawang
Garam secukupnya

Cara-cara:
Satukan nasi, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dikisar halus.
Masuk dan gaulkan bahan2 yang dikisar tadi kedalam mangkuk yang berisi tepung, daun sup, daun bawang, cili merah dan garam. Gaul rata.
Panaskan minyak dan jemputkan adunan kedalam minyak. Goreng hingga masak.
Toskan dan hidang.

No comments:

Post a Comment