Wednesday, June 15, 2011

Talam Beras Gula Merah


Talam Gula Merah.. menu petang saya.. pembuatannya sama seperti talam2 yang lain.. begitu mudah kan kalau dah biasa buat..


Suka sangat dengan kuih talam ni.. terasa lemak dibahagian atas dan manis gula merah dibawahnya pula.. begitu lembut bila dimakan.. Kalau hendak mencuba bolehlah lihat resepinya..

Bahan-bahan untuk bhg bawah-
3 cawan air
1/2 cawan air gula merah
1 3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung jagung
1/2 cawan gula
1/2 sudu kecil kapur makan

Sedikit garam
Panaskan loyang didalam pengukus.
Semua bahan disatukan kemudian ditapis.
Masukkan kedalam periuk dan masak hingga wap naik.
Tauang kedalam loyang yang beralas plastik.
Kukus hingga masak.

Bahan-bahan untuk bhg atas-
3 cawan santan pekat
1 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung sagu
Sedikit garam
Semua bahan disatukan dan ditapis.
Masak hingga keluar wap.
Garis2 kan dgn garfu adunan gula merah baru tuang adunan ini ke atasnya.
Kukus sehingga masak hingga 20 minit.
Sejukkan baru dipotong.

4 comments:

  1. cantik talam tu...mesti lemak2 manis kan..

    ReplyDelete
  2. perfect...sempurna hasil kejadian talam ni...:)

    ReplyDelete
  3. salam...mohon share kuih muih dan kek yg saya suka kat sini...selama ni saya jarang buat kuih2 ni tau makan je tp bila tgk semua yg ada disini...hati teruja sgt nk mencuba..so sy share untuk saya mencuba sendiri...thanks...semoga murah rezeki cik zalinah...

    ReplyDelete