Tuesday, April 05, 2011

Talam Pisang


Talam Pisang
By: Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan lapisan bawah:
3 1/2 cawan santan
1 1/4 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula
1 cawan pisang dilecek
Garam secukupnya
Semua bahan kecuali pisang lecek disatukan dan ditapis. Masak diatas api perlahan, Masukkan pisang lecek.
Bila nampak naik wap atau sedikit pekat masukkan kedalam loyang.
Kukus dalam 15 minit.

Bahan lapisan atas:
3 cawan santan
3/4 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan gula
Sedikit pewarna kuning
Garam secukupnya

Cara-cara-
Semua bahan disatukan dan ditapis. Masak diatas api perlahan.
Bila nampak wap naik masukkan keatas lapisan pisang tadi. Sebelum itu carik dengan garfu diatas lapisan pisang tadi.
Tuang adunan keatas lapisan pisang dan tutup.
Kukus lagi dalam 20 minit.
Sejukkan baru dipotong.



No comments:

Post a Comment