Bahan-bahan-
Kulit popia
2 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 sudu makan lada hitam*
2 sudu makan jintan manis* (semua bahan* ditumbuk halus)
1 mangkuk daging hancur
1 mangkuk kentang yang telah dipotong dadu
1 mangkuk sayur campur
Daun sup & daun bawang
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara-
Tumis bawang besar, bawang putih halia, lada hitam dan jintan manis hingga harum.
Masukkan daging cincang dan kentang. Tambah sedikit air dan kacau sehingga daging masak.
Masukkan sayur campur, garam dan gula. Gaul sebati hingga kering. Masukkan daun sup dan daun bawang.
Masukkan inti kedalam kulit popia dan gulung.
Goreng hingga kekuningan.
Hidangkan dan sedap dimakan dengan sos cili.
No comments:
Post a Comment