Saturday, April 30, 2011

Asam Pedas Pari

Assalamualaikum semua dan selamat bercuti..
Minggu ni cuti panjang kerana menyambut Hari Pekerja pada 1hb Mei ini.. 3 hari.. lama tu.. ramai juga ambil kesempatan yg balik ke kampung.. Kemungkinan juga ramai yang bercuti memasak.. mana tau bercuti diluar kawasan bersama famili.. best kan...
Pagi2 ni saya dah entry menu untuk tengahari.. bukan apa.. untuk anak yang akan ditinggalkan nnti.. pukul 12 tghari ni saya akan ke Johor Bahru.. so kenalah masak dulu.. tak payah lah membeli.. pandai2lah nnti diaorg panaskan balik..
Menu saya sediakan Asam Pedas Pari.. Ramai diantara kawan2 pun dah mengetahuinya masakan ni.. jom tengok cara saya pula menyediakannya..


Bahan-bahan-
3 keping ikan pari dipotong kecil
6 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci belacan*
1/2 sudu makan lada hitam*
1 inci halia*
1/2 inci kunyit* ( Semua bahan*dikisar)
2 batang serai diketuk
1 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
Daun kesom

Cara-cara-
Tumis bahan2 kisar dan serai hingga naik bau, masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
Masukkan air asam jawa, air, garam dan gula. Masukkan ikan dan masak hingga mendidih.
Masukkan daun kesom. Tutup api.
Sedia dihidang.

Friday, April 29, 2011

Kari Ayam Kerisik


Bahan-bahan-
1 ekor ayam dipotong dan dibersihkan
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* ( Semua bahan*dikisar)
3 sudu besar serbuk kari bancuh dengan sedikit air
2 sudu makan cili kisar
2 sudu besar kerisik
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga
4 kuntum bunga lawang
4 cawan santan
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Panaskan minyak dan masukkan rempah tumis dan bahan kisar.
Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan air dan cili kisar. Masak hingga naik bau dan pecah minyak.
Masukkan ayam dan gaul sebati.
Masukkan santan, kerisik, garam dan gula.
Biarkan ayam masak dan kuah menjadi pekat.
Sedia dihidang.

Thursday, April 28, 2011

Bayam Tumis Air


Bahan-bahan-
1 ikat bayam
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Ikan bilis
Sedikit pati ikan bilis
Semangkuk air
Sedikit garam

Cara-cara-
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
Masukkan air, ikan bilis, kiub pati ikan bilis dan garam. Biar mendidih.
Masukkan sayur bayam dan tutup api.
Sedia dihidang.

Wednesday, April 27, 2011

Nasi Ayam

Assalamualaikum..
Menu malam ni Nasi Ayam & Ayam Blackpaper.. dikira senang jugak la penyediaannya dan ada bermacam2 cara kita boleh buat.. Jom tengok cara saya menyediakannya..



Bahan-bahan untuk nasi-
4 cawan beras Basmathi dicuci dan toskan
5 1/2 cawan air rebusan ayam
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia* ( Semua bahan*dikisar)
1 sudu besar butter
Sedikit minyak
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan disimpul
2 batang serai diketuk
Garam secukupnya

Cara-cara-
Panaskan minyak dan butter. Masukkan bahan kisar, kulit kayu manis dan bunga cengkih masak hingga wangi.
Masukkan air rebusan ayam, daun pandan, garam dan beras. Tutup periuk dan biar hingga nasi masak.


Cara penyediaan sup & ayam blackpaper-
1 ekor ayam dibelah 4 direbus dengan air secukupnya
4 biji bawang merah dihiris halus
2 ulas bawang putih dihiris halus
1 inci halia dihiris halus
1 sudu teh biji lada hitam ditumbuk
Daun sup dan daun bawang
Bawang goreng
Garam secukupnya
Tumis bahan yang dihiris hingga wangi. Masukkan air secukupnya.garam dan ayam masak hingga mendidih dan ayam separuh masak.
Angkat ayam. ketepikan.
Masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Ketepikan sup.


Cara penyediaan ayam-
Ayam yang telah direbus separuh masak
3 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu makan biji lada hitam ditumbuk
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos blackpaper
4 sudu besar kicap
Garam dan gula secukupnya
Ayam dilumur dengan semua bahan2 diatas dan perap dalam 1 jam. Letakkan dalam dulang pembakar dan letakkan sedikit marjerin.
Panggang ayam dalam oven hingga ayam masak.

Sos cili-
6 atau 7 batang cili merah*
3 ulas bawang putih* ( Semua bahan*dikisar)
4 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
Garam dan gula secukupnya
Semua bahan disatukan dan dimasak dengan api perlahan hingga mendidih.

Tuesday, April 26, 2011

Mee Goreng Basah

Assalamualaikum dan selamat petang semua..
Dah makan malam ke? Menu saya malam ni simple aje.. Mee Goreng Basah..
Kebanyakkan semua dah tau kan resepi ni.. mungkin ada kelainan sikit kot pada bahan2nya.. hari2 makan nasi pun jemu jugak kan.. tukar2 menu la makan mee pulak.. Selalunya kalau saya goreng mee kuning tak letak garam sikit pun kerana bahan spt sos dan kicap semua telah menambah rasa masin..
Ok la mari kita jamu selera..


Bahan-bahan-
2 bungkus mee kuning
1 mangkuk isi ayan dihiris nipis
1 bungkus fishball dihiris
1 kiub pati ayam
2 biji bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang putih ditumbuk kasar
4 sudu besar cili kisar - tambah jika hendak pedas
2 sudu makan sos tiram
4 sudu besar cili sos
Sedikit air
Kicap manis secukupnya
Taugeh
Daun sup dan daun bawang
Tomato
Bawang goreng

Cara-cara-
Mee kuning dicuci dan toskan.
Tumis semua bawang dan cili kisar hingga naik bau. Masukkan ayam dan fishball.
Masukkan sos tiram dan cili sos dan kacau. Tambah jika pekat.
Masukkan mee dan taugeh sambil gaul rata baru tuangkan kicap secukupnya.
Tutup api dan letakkan daun bawang, tomato dan bawang goreng.
Siap untuk dihidang.

Monday, April 25, 2011

Ikan Selar Masak Taucu



Bahan-bahan-
2 ekor ikan selar besar
2 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
2 biji cili hijau*
10 biji cili api* ( Semua bahan*dihiris)
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan taucu
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Ikan selar digaul dengan garam dan kunyit kemudian digoreng. Ketepikan.
Tumis semua bahan hiris hingga naik bau. Masukkan kunyit, taucu dan air asam jawa.
Masukkan ikan dan gaul rata. masukkan garam dan gula sesedap rasa.
Hidang.

Sambal Goreng Jawa


Bahan-bahan-
300 gm udang sederhana besar dibersihkan
2 bungkus tempe dipotong kecil
3 keping tauhu dipotong kecil
6 batang kacang panjang
2 biji bawang besar*
1 biji cili merah*
1 biji cili hijau*
15 biji cili api* ( Semua bahan*dihiris)
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 sudu makan udang kering*
1 inci halia*
2 batang serai*
1/2 inci lengkuas* ( Semua bahan*dikisar)
2 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar cili kisar
1 cawan santan pekat
2 sudu besar air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Goreng tempe dan tauhu yang telah dipotong kecil hingga garing. Ketepikan.
Tumis bahan yang dikisar dan dihiris dan cili kisar hingga wangi. Masukkan udang dan santan. kacau hingga udang masak.
Masukkan tempe, tauhu dan kacang panjang sambil kacau. Masukkan air asam, garam dan gula secukupnya.
Kacau semua bahan hingga kering.
Hidangkan.

Petua Untuk Mengelakkan Barah

Minumlah air rendaman daun teh (hijau atau hitam, tetapi bukan herba) kerana ia mengandungi antioksidan. Ia boleh mencegah sel kanser daripada berkembang.Makanlah tomato kerana ia penuh dengan vitamin C, yang boleh membantu mencegah kerosakan sel.Makan kacang soya, kerana phytoestrogen di dalam kacang soya mungkin menolong melindungi daripada kanser payu dara dan prostat.Makan sayur brokoli, kobis, dan bunga kobis kerana sayur-sayuran ini mengandungi bahan melawan kanser. Juga mengandungi pelbagai zat yang lain.Campurkan halia dan bawang di dalam makanan kerana ia juga mengandungi bahan-bahan melawan kanser.Jangan ketinggalan memakan oren, lemon dan lain-lain bauh sitrus yang mengandungi bahan-bahan meransang sel-sel kebal membunuh kanser. Mengandungi vitamin C yang banyak.Jangan ketinggalan juga memakan anggur merah kerana ia mengandungi bahan yang menghalang pengeluaran enzim oleh badan yang digunakan oleh sel kanser.Makan makanan tinggi serat seperti beras yang boleh menolong mengurangkan risiko beberapa jenis kanser.Dapatkan omega - 3 asid lemak yang terdapat di dalam minyak ikan kerana ia membantu melawan kanser payu dara, prostat dan pankreas.Juga dapatkan hasil tenusu rendah lemak yang boleh mengurangkan risiko kanser payu dara, bawah usus, prostat, rahim dan pankreas.  

Sunday, April 24, 2011

Paceri Terung


Bahan-bahan-
5 batang terung dipotong
2 sudu makan udang kering dibersihkan*
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*( semua bahan*ditumbuk)
4 sudu makan rempah kari
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan kerisik
1/2 cawan santan
1 biji cili merah dipotong 2
Rempah tumis
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Terung yang telah dipotong 4 digoreng dahulu. Letakkan diatas pinggan hidang. Ketepikan.
Tumis rempah tumis dan bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan rempah kari dan cili kisar dan kacau.
Masukkan santan, air asam jawa, kerisik, garam dan gula. Masak hingga naik minyak.
Masukkan santan lagi kalau terlalu pekat.
Tuang diatas terung tadi dan hidang.

Saturday, April 23, 2011

Bun Manis


Bahan-bahan-
500 gm tepung gandum
225 ml susu segar
11 gm yeast kering
50 gm gula
50 gm mentega
50 ml minyak jagung
1 biji telur
1 biji kuning telur
5 gm garam

Cara-cara-
Masukkan kesemua bahan ke dalam mangkuk adunan. Putarkan sehingga menjadi doh yang lembut.
Rehatkan doh dalam 1 jam.
Bila doh kembang tumbuk2kan doh untuk keluarkan angin.
Bentukkan doh bulat2 dalam 50 gm.
Susun diatas dulang biar doh kembang baru dibakar.
Bakar dalam suhu 180c sehingga keperang2an.

Kuih Kaswi


Bahan-bahan-
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung sagu
1/4 cawan tepung jagung
1/4 cawan air kapur
1 cawan gula*
1 cawan gula merah*
6 cawan air*
2 helai daun pandan* ( Semua bahan*dimasak terlebih dahulu hingga gula larut)
Sedikit garam
Kelapa parut putih dicampur dgn sedikit garam

Cara-cara-
Masak gula merah bersama air dan daun pandan. Bila mendidih ketepikan dan sejukkan.
Satukan bahan2 kering. Tuangkan air gula merah sambil kacau dengan whisk. Tapiskan.
Panaskan loyang yang disapu sedikit minyak di dalam pengukus.
Kacau adunan diatas api perlahan sehingga nampak sedikit pekat atau naik wap.
Tuang adunan kedalam loyang dan kukus selama 20 minit.
Bila sejuk baru dipotong.

Sup Tulang Masam & Pedas


Inilah menu saya tengahari ni.. Sup Tulang Masam & Pedas.. rasa sup ni mmg sedap.. terasa masam jus limau purut dan pedas cili api.. penyediaan untuk membuat sup ni mmg mudah..


Bahan-bahan-
1 kg tulang yang banyak daging
1 biji bawang besar dihiris kasar
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
2 inci halia* ( Semua bahan*ditumbuk)
1 sudu makan lada hitam ditumbuk
3 sudu makan rempah sup
10 biji cili api hiris halus
5 biji limau purut ambil jusnya
Air secukupnya
Garam secukupnya
Daun ketumbar dihiris
Bawang goreng

Cara-cara-
Tumis bawang besar dan semua bahan tumbuk hingga naik bau. Masukkan rempah sup dan kacau.
Masukkan air secukupnya, garam, cili api dan tulang. Masak hingga empuk.
Perahkan air jus limau dan masukkan kedalam sup. Masukkan sedikit daun ketumbar dan bawang goreng.
Biar mendidih dan baru dihidang.
Tabur lagi bawang goreng dan daun ketumbar.

Friday, April 22, 2011

Kuetiau Goreng


Bahan-bahan-
500 gm kuetiau
1/2 cawan udang
1/2 cawan sotong dipotong bulat
1/2 cawan isi ayam dipotong kecil
1 cawan taugeh
1 ikat daun kucai dipotong 1 inci
1 biji bawang besar dipotong dadu
4 ulas bawang putih ditumbuk kasar
2 sudu makan sos tiram
3 sudu besar kicap.
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan cili kisar
1 biji telur dikacau
Minyak untuk menumis

Cara-cara-
Tumis bawang putih hingga wangi kemudian bawang besar dan cili kisar. Masukkan sos tiram dan cili sos.
Masukkan udang, sotong dan isi ayam dan kacau hingga masak.
Masukkan telur yang telah dikacau. Masuk kuetiau dan kicap manis sambil digaul hingga rata.
Masukkan pula taugeh dan kucai.
Hidangkan. Sedap dimakan bersama cili hijau jeruk.

Thursday, April 21, 2011

Donut

Selamat malam..
Dah makan malam ke? tentu dah kan.. Alhamdulillah..
Petang tadi hujan lebat dgn petir berdentum dentum.. biasa la hujan petang perut macam lapar je.. Fikir jugak nak buat menu ptg bg anak2 makan.. buat donut la paling senang bahan semua ada.. esok pun anak2 boleh bawa bekal kesekolah..



Bahan-bahan-
500 gm tepung gandum
11 gm yeast
1 sudu kecil bread improver
2 sudu makan gula
2 sudu makan susu tepung
1 biji telur
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan shortening
50 gm marjerin
250 ml air sejuk 

Cara-cara-
Satukan semua bahan kecuali marjerin. Uli hingga rata hingga menjadi doh.
Masukkan marjerin sikit demi sedikit sehingga adunan sebati. Adunan donut ini agak lembik sikit tapi kita mesti pandai mainkan dgn tepung.
Bila semua sudah menjadi doh, biarkan selama 1 jam.
Selepas kembang, tumbuk2kan doh supaya keluar angin dan uli sekejap.
Terap dengan acuan donut. Biar kembang baru digoreng.
Salutkan dengan gula atau choc cair.

Sotong Goreng Masak Daun Limau Purut


Bahan-bahan-
8 ekor sotong sederhana besar dipotong
1 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih* 
1 inci halia*
1 biji cili merah*
5 biji cili api* ( Semua bahan*dihiris)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan rempah kari
2 keping asam gelugur
2 helai daun limau purut
Garam secukupnya

Cara-cara-
Tumis semua bahan hiris, serbuk kunyit dan rempah kari masak hingga wangi.
Masukkan daun limau purut dan sotong, gaul rata.
Masukkan garam dan sedikit gula.
Hidang.


Sayur Campur


Bahan-bahan-
1 biji bawang besar dihiris
6 ulas bawang putih ditumbuk kasar
1 biji cili merah dihiris
2 sudu besar sos tiram
Garam secukupnya
15 ekor udang
1/2 batang lobak dihiris
1 bungkus putik jagung dipotong panjang
1 cawan bunga kobis dipotong kecil
2 tangkai sawi cina dipotong
Cendawan tiram disiat

Cara-cara-
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili hingga layu. Masukkan sos tiram.
Masukkan udang dan carrot dan gaul diikuti semua sayur.
Gaul dan masukkan sedikit garam.
Hidang,

Lempeng Kelapa


Bahan-bahan-
3 cawan tepung gandum
2 cawan kelapa parut putih
2 cawan air
1/2 sudu teh baking powder
Sedikit garam

Cara-cara-
Satukan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati.
Biarkan dalam 10 minit baru dimasak.
Panaskan non-stick pan dan lenserkan sedikit minyak dan sendukkan.
Terbalikkan supaya dapat adunan yang garing.
Lempeng kelapa sedap dimakan dgn sambal tumis ikan bilis.

Wednesday, April 20, 2011

Talapia Bakar Ala Nyonya

Assalamualaikum..
Selamat malam.. menu saya malam ni talapia bakar ala nyonya.. saya ambil dari koleksi majalah masakan.. dah lama juga tak buat masakan ni.. mcm2 jenis ikan pun boleh buat.. saya pakai ikan talapia merah.. sedap rasanya masam2 manis.. ada perasa tomyam dan perahan limau kasturi.. selera kegemaran kami sekeluarga.. makan dgn nasi panas2 menyelerakan sekali.. Jom kita intai resepi ni..


Bahan-bahan-
2 ekor ikan talapia merah yg besar dibersihkan
10 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
3 batang serai*
1 inci belacan* ( Semua bahan*dikisar)
3 sudu besar cili kisar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar pes tomyam
3 sudu besar air asam jawa
3 helai daun limau purut dihiris
10 biji cili api
4 helai daun limau purut dihiris halus
Garam dan gula secukupnya
Minyak utk menumis

Cara-cara
Ikan dilumur dgn air limau kasturi dan sedikit bahan2 kisar dan bakar hingga masak.
Tumis semua bahan kisar hingga wangi.
Masukkan sos tiram, pes tomyam dan cili kisar masak hingga garing.
Apabila garing masukkan air asam jawa, garam dan gula. masak sehingga mendidih dan taburkan hirisan daun limau purut dan cili api.
Tuangkan kuah keatas ikan yang telah dibakar.
Hidangkan dan perahkan sedikit air limau kasturi.

Nasi Lemak

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Selamat pagi.. dah sarapan ke? Pagi ni saya menyediakan nasi lemak simple.. penyediaan nasi ni mmg mudah.. malam tadi semua bahan yg lain telah saya sediakan spt sambal, telur rebus & ikan bilis grg.. Pagi hanya masak nasi je.. anak2 yg bersekolah pun boleh membawa bekal.. tak payah la hari ni diorang nak membeli dikantin..


Bahan -bahan-
4 cawan beras dicuci dan toskan
5 cawan santan
1 biji bawang besar*
1 inci halia* ( Semua bahan*dihiris)
2 batang serai dititik
2 sudu makan minyak
Garam secukupnya
2 helai daun pandan disimpul

Cara-cara-
Masukkan semua bahan kedalam periuk. Kacau dan biar sehingga kering.
Kacau supaya nasi nampak cantik sebelum sejuk.
Hidangkan bersama sambil tumis, ikan bilis grg, telur rebus dan timun.

Tuesday, April 19, 2011

Sambal Tumis

Assalamualaikum semua..
Cara saya menyediakan sambal tumis. 
Sambal tumis ini saya buat sebagai ibu sambal. Kita boleh buat berbagai sambal tumis hanya letakkan ikan bilis, udang, sotong dll. Masakan sambal ni dimasak lama sedikit untuk menbuatkan cilinya masak dan boleh tahan lama.


Bahan-bahan-
1 biji bawang besar dihiris
8 biji bawang merah*
1 inci belacan* ( Semua bahan* dikisar)
3 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa.
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Tumis bawang besar dan bahan kisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar masak hingga garing.
Masukkan air asam jawa, garam dan gula.
Masak sehingga sambal menjadi sedikit pekat dan berkilat.

Sambal Goreng Tempe & Kentang


Bahan-bahan-
1 bungkus tempe dipotong nipis
2 biji kentang dipotong panjang
1 cawan ikan bilis goreng
1 biji bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 biji cili merah* ( semua bahan*dihiris)
3 sudu besar cili kisar
Kicap
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Goreng tempe, kentang dan ikan bilis hingga garing. Ketepikan.
Tumis bahan2 yang dihiris hingga layu. Masukkan cili kisar dan masak hingga garing.
Masukkan tempe, kentang dan ikan bilis sambil gaul masukkan kicap.
Akhir masukkan garam dan gula secukupnya. gaul hingga semua bahan hingga kering.
Hidang.

Bingka Pandan



Bahan-bahan-
3 1/2 cawan tepung gandum
3 biji telur
3/4 cawan gula
4 cawan santan pekat
2 cawan air pandan
2 sudu makan minyak
Sedikit garam
Pewarna hijau pandan

Cara-cara-
Semua bahan disatukan dan dikisar kemudian ditapis.
Sapu loyang dengan sedikit minyak dan panaskan didalam oven.
Tuang adunan kedalam loyang dan bakar dalam 45 minit dengan mengunakan api atas bawah. Tabur bijan jika suka.
Tambah lagi 10 minit dengan menggunakan api atas sahaja untuk lebih garing lagi dibahagian atas kuih.
Tunggu sejuk baru dipotong untuk mendapatkan potongan kuih nampak cantik.

Kembung Percik



Bahan-bahan-
4 ekor ikan kembung
1 cawan santan pekat
15 biji cili padi*
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
3 batang serai*
3 biji buah keras* ( semua bahan*dikisar)
2 sudu makan cili kisar
1 sudu kecil kunyit serbuk
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Ikan dicuci dan dibersihkan.
Gaul ikan dengan separuh dari bahan yang dikisar. Perap dalam 30 minit dan bakar sehingga ikan masak.
Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar hingga naik bau. Masukkan cili, kunyit,asam gelugur, garam, gula dan santan. masak hingga pekat.
Tuangkan kuah percik keatas ikan apabila dihidangkan.

Sunday, April 17, 2011

Mihun Sup Bebola Daging



Bahan-bahan-
Mihun dicelur
500 gm bebola daging
4 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1/2 inci halia*
1 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis* ( semua bahan* dikisar)
1/2 inci lengkuas dititik
2 batang serai dititik
2 sudu makan rempah sup
Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang, cengkih & buah pelaga)
Garam secukupnya
Taugeh
Daun sup & daun bawang
Bawang goreng
Sambal kicap

Cara-cara-
Celur mihun hingga lembut. Ketepikan.
Tumiskan rempah tumis, semua bahan dikisar dan rempah sup hingga naik bau. Masukkan air secukupnya.
Masukan serai dan lengkuas. Biar mendidih.
Masukkan bebola daging dan garam secukupnya. Masak hingga bebola daging lembut.
Taburkan sedikit daun sup&bawang dan bawang goreng didalam sup.
Hidang.
Mihun sup ini sedap dimakan bersama sambal kicap.

Saturday, April 16, 2011

Bubur Jagung & Nangka

Assalamualaikum..
Selamat petang.. kat sini cuaca mendung dari pagi tadi.. masing2 kat rumah ni duk ngadu lapar je.. Jom la kita tengok menu petang ni nak bagi perut ni berisi.. hehe
Bubur jagung bersama nangka.. siapa2 yang tak boleh makan nangka tu tengok je ye.. mmg sedap bercampur dgn biji sago.. makan panas dan sejuk.. dua2 pun sedap..



Bahan-bahan-
4 tongkol jagung diambil biji jagung saja
10 ulas nangka dipotong panjang
1/2 cawan biji sago dicuci dan toskan
4 cawan santan
Gula secukup manis
Sedikit garam
2 helai daun pandan disimpul

Cara-cara-
Masak santan, gula, garam dan daun pandan bersama jagung sambil kacau sehingga empuk.
Masukkan pula nangka dan biji sago. Biar seketika sago nampak jernih baru tutup api.
Hidang.

Sambal Tumis Udang & Petai


Bahan-bahan-
20 ekor udang besar dicuci
6 papan petai ambil isinya
2 cawan cili kisar
2 biji bawang besar dihiris
6 biji bawang merah*
1 inci belacan* (Semua bahan*dikisar)
Air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Sedikit air

Cara-cara-
Udang yang telah dicuci gaul dgn kunyit dan garam. Goreng sebentar. Ketepikan.
Tumis bawang besar, bawang merah dan belacan hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili nampak garing.
Masukkan air asam, garam dan gula secukupnya, masak hingga sedikit pekat.
Masukkan udang dan kacau baru masukkan petai. Gaul sekejap. Tutup api.
Hidang.

Lobak Putih Masak Lemak


Bahan-bahan-
1 batang lobak putih buang kulit dan dipotong
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 sudu makan lada hitam*
1 genggam ikan bilis dicuci* (semua bahan* ditumbuk halus)
1 biji cili merah dihiris
Sedikit daun bawang & daun sup dihiris
3 cawan santan
Garam secukupnya

Cara-cara-
Campurkankan kesemua bahan tumbuk kedalam santan sanbil kacau dan masak hingga mendidih.
Masukkan lobak dan kacau hingga empuk.
Masukkan garam, cili dan daun sup & bawang. Tutup api.
Hidang.

Friday, April 15, 2011

Roti Kismis

Assalamualaikum dan selamat petang..
Menu ptg saya roti kismis.. memandangkan esok cuti anak2 semua ada roti kismis la jadi makan kudapan mereka.. senang tak payah nak fikir2 kalau diaorg lapar makan je la roti ni.. biasa la kalau tak sekolah duk keluar masuk dapur je.. Resepi roti kismis ni mmg lembut dan gebu.. nak2 kalau cicah dgn air teh atau kopi..


Bahan-bahan-
500 kg tepung berprotin tinggi
2 camca besar susu tepung
2 camca teh bread improver
1 camca teh garam
70 gm gula halus
11 gm yeast
75 gm mentega
100 gm kismis hitam
1 biji telur
1 camcateh esen vanilla
180 ml air

Cara-cara-
Satukan semua bahan kecuali mentega. Uli sambil tambah mentega sikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang kental dan licin. Tutup doh dengan towel sampai naik 2 kali ganda.
Keluarkan doh dan tumbuk2kan untuk keluarkan angin didalam doh.
Bahagikan adunan dlm beberapa ketul ikut saiz acuan. ( Saya letak 70gm bg acuan kertas)
Biar doh kembang 2 kali ganda lagi baru dibakar. Suhu 190C dalam 20 minit.
Bila roti sudah diangkat sapu dibahagian atas roti dgn butter.


Kangkung Goreng Belacan


Bahan-bahan-
500 gm kangkung
1 inci belacan*
1 sudu besar udang kering*
10 biji cili api* ( Semua bahan* ditumbuk)
1 batang cili merah dihiris
1 biji tomato dipotong dadu
Garam secukupnya

Cara-cara-
Kangkung dipotong, cuci dan toskan.
Tumiskan bahan ditumbuk hingga wangi. Masukkan tomato,cili merah hiris dan sedikit garam.
Akhir sekali masukkan sayur.

Wednesday, April 13, 2011

Talapia Merah Harum Wangi Bunga Kantan


Bahan-bahan-
2 ekor ikan talapia merah ( perap dgn kunyit dan garam)
3 batang serai*
2 kuntum bunga kantan*
5 helai daun limau purut*
15 biji cili padi*
1 biji cili merah*
2 biji bawang besar*
4 ulas bawang putih* ( semua bahan* dihiris halus)
1 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili Thai
2 sudu makan sos tiram
Sedikit jus limau
Sedikit garam dan gula

Cara-cara-
Goreng ikan dahulu, ketepikan.
Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar hingga wangi.
Masukkan serai, bunga kantan, cili padi dan daun limau purut. Masak hingga naik bau.
Masukkan semua sos, garam dan gula. Kacau sebati.
Tuang keatas ikan yang telah digoreng dan hidangkan.

Taugeh Masak Lemak Kuning



Bahan-bahan-
1 mangkuk taugeh
2 keping tauhu dipotong 6
3 cawan santan
15 ekor udang sederhana
1 biji bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 biji cili merah dihiris
Garam secukupnya

Cara-cara-
Dalam periuk masukkan santan, bawang merah, bawang putih, cili merah dan udang. Kacau hingga mendidih. Masukkan sedikit garam.
Masukkan tauhu dan taugeh. Tutup api.
Hidang.

Chocolate Banana Cake


Bahan-bahan-
2 cawan gula castor
1 3/4 cawan tepung serbaguna
3/4 cawan koko
1 1/2 sudu teh baking powder
1 1/2 sudu teh soda bicarbonat
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
1 cawan pisang lecek
1 cawan air suam
1/2 cawan susu
1/2 cawan minyak
1 1/2 sudu reh esen vanila

Cara-cara-
Satukan gula, tepung, koko, b.powder, s.bicarbonat dan garam. ketepikan.
Sediakan bekas lain, dengan menggunakan whisk kacau telur, pisang lecek, air, susu, minyak dan esen vanila hingga sebati.
Masukkan adunan kering kedalam adunan basah sikit demi sedikit sambil kacau hingga habis.
Tuang kedalam loyang.
Bakar.

Tuesday, April 12, 2011

Paceri Nenas


Bahan-bahan-
1 biji nenas dipotong
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 sudu besar udang kering* ( semua bahan* dikisar )
6 sudu besar rempah kari
Rempah tumis
6 sudu besar kerisik
3 cawan santan
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan rempah tumis dan rempah kari. masukkan sedikit air dan masak lagi.
Masukkan kerisik dan nenas, gaul sebati.
Masukkan santan, garam dan gula. Masak hingga nampak pekat dan naik minyak.

Ayam Masak Merah


Bahan-bahan-
1 ekor ayam dipotong
1 biji bawang besar dihiris
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia* ( semua bahan* dikisar halus)
1/2 cawan cili kisar
5 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 batang serai dititik
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara-
Ayam dibersihkan dan digaul dengan kunyit dan garam kemudian digoreng. Biarkan.
Tumis bawang besar dan semua bahan yang dikisar hingga wangi. Masukkan cili kisar dan serai. masak hingga naik minyak.
Masukkan sos tomato dan sos cili. Masak lagi jika pekat masukkan sedikit air.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati.
Masukkan ayam dan hidangkan.

Nasi Serai

Assalamualaikum semua dan selamat malam..
Menu masakan saya malam ni nasi serai.. ianya boleh dimakan dgn apa2 lauk ikut selera masing2.. baunya harum ditumis dengan marjerin dan ditambah lg dgn hirisan serai..


Nasi serai ni saya makan dengan ayam masak merah dan paceri nenas serta salad.. 


Bahan-bahan-
2 cawan basmathi ( direndam kemudian ditapis)
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang  putih*
1/2 inci halia* ( semua bahan * dihiris halus )
4 batang serai - 2 btg dititik dan 2 btg dihiris halus
2 helai daun pandan
Rempah tumis
3 cawan air
Marjerin untuk menumis 

Cara-cara-
Tumis semua bahan yang dihiris dan rempah tumis hingga wangi. Letakkan daun pandan dan serai.
Masukkan air dan garam.
Masukkan beras dan tutup biar hingga masak.

Monday, April 11, 2011

Asam Pedas Tenggiri

Hari ni saya menyediakan menu kegemaran keluarga.. asam pedas.. biasalah orang Johor mmg tak boleh tinggal asam pedas.. dalam seminggu sekali mesti buat.. kalau tak habis kuahnya jangan dibuang.. boleh buat sarapan pagi makan dgn lempeng mmg sedap.. Cuba la buat kalau nak rasa.. lempeng cicah kuah asam pedas.. ehhh.. cite pasal lempeng pulak.. jomlah kita tengok resepi dari airtangan saya ni..




Bahan-bahan-
5 keping ikan tenggiri
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci belacan*
1 sudu makan lada hitam* (semua bahan* dikisar halus)
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 cawan cili kisar
1/2 cawan air asam jawa
2 1/2 cawan air
Garam dan gula secukupnya
10 batang bendi
2 biji tomato
Daun kesom secukupnya

Cara-cara-
Tumis bahan yang dikisar hingga garing dan wangi.
Masukkan air asam jawa da air. Biar mendidih dan sedikit pekat.
Masukkan ikan, garam dan sedikit gula. Biar ikan masak.
Akhir sekali masukkan bendi, tomato dan daun kesom. Tutup api.
Hidangkan.