Sunday, April 20, 2014

Kek Coklat Moist





KEK COKLAT MOIST
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
Bahan A
80 gm koko
1 tin susu cair
250 gm susu pekat
250 gm gula perang
200 gm minyak jagung

Semua bahan A disatukadan dimasak diatas api perlahan.
Kacau sehingga semua bahan larut dan tidak perlu mendidih.

Bahan B
4 biji telur

Telur dipukul hingga kembang.
Masukkan adunan A sambil dipukul rata.

Bahan C
170 gm tepung gandum*
1 sudu teh baking powder*
1/2 sudu teh soda bikarbonat* - diayak
1/2 sudu teh garam

Masukkan tepung sedikit demi sedikit kedalam adunan tadi sambil dikacau dengan menggunakan spatula hingga semua bahan larut dan sebati.

Panaskan pengukus.
Masukkan adunan kek ke dalam loyang 9" bulat yang disapu sedikit butter.
Tutup adunan dengan menggunakan aluminium foil.
Kukus adunan kek selama 1 jam - masak.
Sejukkan dahuklu baru dipotong.
Hias kek mengikut cita rasa sendiri.

Lapisan cheese krim
150 gm cheese cream
30 gm mentega
60 gm gula icing
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pes lemon

Pukul chees krim dan gula icing hingga kembang.
Masukkan mentega, esen vanila dan pes lemon dan pukul sebati.

Topping coklat :
100 mi whipping cream
300 gm coklat masakan
25 gm butter

Semua bahan dimasak dengan menggunakan double boiler.
Kacau adunan hingga larut dan sebati.





2 comments:

  1. salam perkenalan...

    sedap nya bila tengok kek tu.. saya pun suka buat kek coklat

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan juga dr saya..

    kek coklat moist mmg sedap.. apalg dgn anak mmg suka sgt..

    ReplyDelete