Friday, April 04, 2014
Ayam Kicap Berempah Tumis Daun Kari
AYAM KICAP BEREMPAH TUMIS DAUN KARI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
10 ketul ayam - dibersihkan
1 in halia*
1 in kunyit*
3 biji bawang putih* - ditumbuk
1 sudu makan rempah kari
Sedikit garam
Bahan tumbuk digaul dan rempah kari bersama ayam dan masukkan sedikit garam. Gaul dan perap.
2 biji bawang besar - dihiris
1 in halia*
3 biji bawang putih*
1 sudu makan lada hitam*
1 sudu makan ketumbar*
1/2 sudu makan jintan manis* - semua bahan*ditumbuk lumat
2 pelepah daun kari
3 tangkai cili kering digunting serong
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos cili
1/4 cawan kicap
Sedikit air
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara ;
Ayam yang diperap digoreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
Tumis bawang besar dan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Masukkan daun kari dan cili kering. Gaul rata.
Masukkan ayam, sos tiram, sos cili dan kicap. Gaul rata.
Masukkan air jika perlu.
Perasakan garam dan gula secukupnya. Kacau hingga sebati.
Sedia dihidang.
No comments:
Post a Comment