PARU GORENG CILI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
1 kg paru-paru lembu
Sedikit serbuk kunyit
2 biji bawang besar - cincang halus
6 batang cili merah - dikisar
1/2 cawan cili kisar
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara :
Paru yang telah direbus dengan sedikit garam sehingga empuk. Tos dan sejukkan.
Potong paru nipis sehingga habis dan gaul bersama kunyit dan garam.
Panaskan minyak dan goreng paru tetapi jangan terlalu garing. Angkat dan toskan.
Tumis bawang besar cincang hingga layu.
Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing.
Masukkan garam dan gula secukupnya.
Masukkan paru dan gaul hingga rata.
Sedia dihidang.
sedapnya paru tu..
ReplyDelete