Friday, June 28, 2013

Kek Strawberry Nestum


KEK STRAWBERRY NESTUM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
250 gm butter
5 biji telur
3/4 cawan gula halus
1 sudu teh ovelate
1 sudu teh esen vanila
1 1/2 cawan tepung kek
3 sudu besar jem strawberry
1 sudu teh pes strawberry
1/2 sudu teh pewarna merah
1 paket nestum 3 in 1

Cara-cara ;
Panaskan kukusan.
Sediakan loyang 8x8 dan dialas kertas. sapukan sedikit mentega.
Putar butter dan gula hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu hingga habis.
Masukkan ovelate dan esen vanila dan putar.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau menggunakan spatula hingga habis.
Adunan dibahagikan kepada 2 bahangian.
Satu bahagian dimasukkan nestum dan sebahagian lagi dimasukkan jem, pes strawberry dan sedikit pewarna merah.
Dimulakan adunan yang mengandungi nestum dan kukus selama 15 - 20 minit.
Kemudian masukkan adunan seterusnya. Kukus hingga 1/2 jam.
Sejukkan dahulu baru dipotong.



3 comments:

  1. salam
    mesti sedap kek strawberry nestum ni..npk gebu..

    ReplyDelete
  2. salam kak..

    wah nanmpak sedap dan gebu kek ni..tengok bahan pun simple ja..nak juga try buat ni..

    ReplyDelete
  3. salam hemmm npk gebus sure harum bau kek tu...gabungan nestun ngan strawberry....tegoda tul heee tq resepi

    ReplyDelete