Wednesday, June 19, 2013

Bubur Som-Som Pandan




BUBUR SOM-SOM PANDAN
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung ubi
7 cawan santan
3 helai daun pandan*
1 cawan air* - semua bahan*disatukan dan dikisar dan ditapis
6 cawan santan
Sedikit pewarna pandan
Sedikit garam

Cara -cara :
Tepung beras dan tepung ubi disatukan.
Masukkan air pandan, santan, pewarna pandan dan garam.
Kacau sabati dan tapis.
Kacau diatas api perlahan hingga pekat dan berkilat.
Tuang kedalam acuan dan sejukkan baru dihidang.

Bahan untuk kuah gula:
1 ketul gula melaka
2 cawan air
3/4 cawan gula
2 helai daun pandan

Semua bahan disatukan dan dimasak diatas api perlahan.
Kacau hingga larut dan mendidih. Tapis.
Sedia untuk dihidang bersama bubur som-som.





No comments:

Post a Comment