Tuesday, October 02, 2012

Sup Ayam Pedas



Assalamualaikum semua..

Sup Ayam Pedas.. menu untuk makan malam ni.. cuaca panas menghirup sup macam ni memang selera.. terasa pedas  dgn cili api merah dan masam jus limau.. mudah saja menyediakannya dan pasti anak2 pun suka..

SUP AYAM PEDAS
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
1 batang carrot - dipotong
2 biji kentang - dipotong
1 pokok daun ketumbar - dihiris
Bawang goreng secukupnya
5 - 6 biji cili api merah - diketuk
2 helai daun limau purut
2 biji limau nipis - ambil jusnya
3 biji bawang besar - dihiris kasar
4 biji bawang putih - dicincang
1 in halia muda - dicincang
1 sudu makan rempah sup
1 kiub pati ayam
Air secukupnya
Garam secukupnya

Cara-cara:
Tumis dengan minyak sedikit sahaja bawang besar dan bahan yang dicincang hingga layu.
Masukkan rempah sup dan kacau.
Masukkan ayam, kentang dan carrot. Tuang air secukupnya.
Kacau hingga ayam dan bahan2 lain empuk.
Masukkan cili api, jus limau, daun limau, kiub pati ayam dan garam. Biar mendidih.
Tutup api dan masukkan daun ketumbar dan bawang goreng
Sedia dihidang.

4 comments:

  1. emmm nampak sedap dan menyegarkan...esok nak buat lah...
    www.my-mintroom.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Marsita.. memang sedap.. cuaca skrg panas selera hirup sup mcm ni tau.. :)

    ReplyDelete
  3. Pedas2 ni mesti terangkat ni kak...boleh berair hidung ni...hehe

    ReplyDelete