Tuesday, January 10, 2012

Kuih Kaswi


Assalamualaikum dan selamat petang...

Kuih Kaswi.. menu petang ini.. agak lama juga tidak membuatnya.. petang ni terasa nak makan kuih kaswi terus mencari bahan2 yang sedia ada dan terus mengadun dan kukus.. mudah sekali.. resepi ini saya ambil dari kawan karib.. sedap dimakan bersama kelapa parut putih..

Bahan-bahan:
1 cawan gula*
1 cawan gula merah*
5 1/2 cawan air*
2 helai daun pandan* ( Semua bahan disatukan dalam periuk)
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung ubi
1/2 cawan tepung beras
1 sudu kecil kapur makan dilarutkan 1/4 cawan air
1 sudu makan garam
1 sudu besar chocolate paste
Kelapa parut putih - utk salut

Cara-cara;
Bahan-bahan* yang disatukan dimasak diatas api hingga gula larut. Sejukkan.
Panaskan pengukus.
Masukkan semua bahan* dan tepung, garam, chocolate paste dan air kapur. Kacau bersama whisk hingga sebati.
Tapiskan adunan dan masak hingga keluar wap.
Masukkan kedalam loyang atau acuan dan kukus hingga masak dalam 20 atau 30 minit.
Sejukkan baru dipotong.


8 comments:

  1. sedapnya tgk kuih kaswi ni..lama dah tak buat ni:)

    ReplyDelete
  2. terima kasih. kalau tak bubuh choclate paste tu bolih tak? tak suka rasa choclate.

    ReplyDelete
  3. sedapnyee..anta ler ke sni..malas nak buat ;p

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum lina

    dh lama kak nur tk mkn kuih kaswi...suker akak tapi budak2 kat rumah ni kurang sikit la...terliur kak nur tengok...mcm dh terasa kat tekak gitu.

    ReplyDelete
  5. boleh tumpang minum petang di sini ye Lina. lama tak makan kuih kaswi.

    ReplyDelete
  6. liza punya peberet ni, dah lama xbuat...teringin la pulak nk rasa barang sekeping...hihihihi

    ReplyDelete
  7. dah beli acuan kuih ni tapi belom terbuat lagi...

    ReplyDelete