Friday, October 14, 2011
Ayam Kicap Ala Mamak
Assalamualaikum dan selamat pagi...
Ayam Kicap Ala Mamak.. masakan yang digemari anak2 saya.. jika dilihat bahan2nya pun lain dari masakan kicap yang biasa kita buat.. masakan ini juga dimakan bersama nasi kandar katanya.. saya mendapat resepi ni pun dari kawan karib.. sedap terasa bahan2 rempah spt jintan manis dan jintan putih.. Jika hendak mencuba jom lihat resepi disini..
Bahan-bahan:
1 ekor ayam dipotong ikut suka
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 sudu makan lada hitam*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu makan jintan putih* (Semua bahan*dikisar)
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
2 sudu makan serbuk kari digaul dgn sedikit air
5 sudu besar kicap manis
Rempah tumis
2 btg serai dititik
1 biji limau nipis ambil jusnya
Sedikit air
2 biji cili hijau dipotong panjang
Bawang goreng utk tabur
Garam dan gula secukupnya
Cara-cara:
Ayam yng telah dipotong digaul dgn kunyit dan garam. Goreng separuh masak. Ketepikan.
Tumis bahan2 yang telah dikisar, serai dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tiram dan rempah kari kacau hingga naik minyak.
Masukkan kicap, sedikit air, garam dan gula.
Masukkan ayam dan gaul hingga ayam masak.
Masukkan jus limau nipis, cili hijau dan bawang goreng dan gaul rata.
Sedia dihidang.
dh lama cari resepi masak kicap ala2 nasi kandar ni..nanti leh la cuba, thanks for sharing!
ReplyDelete