Sunday, July 31, 2011
Donut Gebu Tradisional
Assalamualaikum..
Donut tradisional ini sangat lembut dan gebu.. pembuatannya tidak banyak bahan.. sungguh ringkas dan mudah.. ianya juga menjadi kegemaran anak2.. resepi ini saya ambil dari dapur Norasikin Basri @ Resepi Masakan Barat Komersial.. terimakasih kerana berkongsi resepi yang sedap dan mudah..
Donut ini juga tahan kelembutannya 24 jam.. walaupun tidak mengandungi bahan pelembut.. kalau kawan semua ingin mencubanya lihat resepi ini..
Bahan-bahan:
1 kg tepung gandum
1 paket yeast (11gm)
2 camca besar susu pekat manis
1/2 camca teh garam
1/2 cawan minyak
550 ml air
Minyak utk mengoreng
Gula kastor utk salut
Cara saya membuatnya menggunakan mesin:
Masukkan semua bahan kedalam mangkuk. Gaul rata.
Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Angkat dan uli sedikit. Adunan ditutup dan biar adunan mengembang dlm 1/2 jam.
Uli lagi dan buangkan angin.
Bulat2kan adunan menjadi bebola yang licin dlm 40 gm. Biar dlm 10 minit.
Goreng hingga kekuningan.
Salut bersama gula.
Sedia dihidang.
terima kasih kerana sudi mencuba resipi saya.
ReplyDeleteHi dear,
ReplyDeleteTqvm for sharing the resepi today is my 1st time try buat menjadi and I will with my friends too senang and sedap ������