Wednesday, June 29, 2011

Donut Ball

Donut yang bersalut coklat .. kegemaran anak2.. mmg sedap donut ni.. lembut dan gebu..

Ini pula kegemaran saya dan suami.. 

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
1 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu besar yeast mauripan + 1/4 cawan air (direndam hingga berbuih)
1 sudu kecil ovellete
1/2 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu besar marjerin
1/3 cawan air atau susu segar (-/+)
Gula saduran
** jika guna susu segar, tidak perlu susu tepung

Masukkan kesemua bahan kecuali gula saduran. Uli hingga sebati menjadi doh.
Jika terlembik, boleh tambahkan dengan sedikit tepung.
Rehatkan doh hingga naik dalam 20 minit.
Bahagikan doh dan bulat2kan dalam 20gm berbentuk ball.
Goreng hingga kekuninggan.
Ikut cita rasa masing2. Bersalut coklat atau bersalut gula.
Boleh dihidang.


2 comments:

  1. kak lina...menarik je donat itam tuh... he he he...jamu mata je lah..

    ReplyDelete
  2. Cheq Sue.. yg itam tu bersalut coklat.. anak2 akak yg suka.. boleh try buat ni sedap tau.. lembut dan mudah je buat.. :)

    ReplyDelete