Thursday, November 05, 2015
Bubur Candil Keladi
BUBUR CANDIL KELADI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Bahan-bahan :
Untuk membuat biji tepung
2 cawan tepung pulut
1/2 cawan tepung gandum
Sedikit garam
Sedikit pewarna keladi
Sedikit biji sago
1 cawan air lebih atau kurang ikut kelembutan
- semua bahan disatukan dan masukkan air sedikit demi sedikit hingga lembut
1 biji keladi cina dipotong dadu dan dikukus
5 cawan santan - ikut kepekatan
1 helai daun pandan
1 cawan gula
Sedikit garam
Cara- Cara :
Panaskan air hingga mendidih sambil bulatkan2 biji candil kemudian bulat2kan adunan tadi dan masukkan kedalam air mendidih tadi. bila biji tepung tadi timbul angkat dan toskan. Buat sehingga habis. Biarkan.
Masakkan santan, gula dan daun pandan.
Masukkan biji sago, keladi dan biji tepung tadi.
Kacau hingga mendidih.
Sedia dihidang.
Emmmm sedapnya..
ReplyDeleteDah lama akak tak buat bubur keladi ungu ni zalinah..
Udah terliur lah pulak.. rasa nak mencari juga keladi ni..
Keladi goreng pun sodap :D