Saturday, December 28, 2013

Bingka Labu



BINGKA LABU
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
3 1/2 cawan tepung
1 1/2 cawan labu lenyek
2 biji telur
3/4 cawan gula
1 sudu besar butter - dicairkan
1 sudu teh garam
5 cawan santan
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara ;
Labu dikukus kemudian dilenyek.
Satukan adunan tepung, santan, butter cair, telur, gula dan garam.
Kisar hingga halus.Tapiskan.
Masukkan labu lenyek dan sedikit pewarna kuning.
Tuang kedalam loyang 9"x9" yang disapi sedikit butter.
Bakar 200C selama 1 jam. Gunakan api atas bawah.
Sejukkan dahulu baru dipotong.



Thursday, December 26, 2013

Mee Goreng Mamak



MEE GORENG MAMAK
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 bungkus mee kuning - dibersihkan
1 mangkuk taugeh
6 biji taufu goreng- dibelah dua
2 keping fish kek - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
2 biji telur - kacau
1 biji bawang besar - dicincang
3 biji bawang putih - dicincang
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar cili sos
Kicap secukupnya

Cara-cara :
Tumis bawang besar, bawang putih dan cili kisar hingga wangi.'
Masukkan sos cili, sos tiram dan sos cili. Masukkan telur dan fish kek gaul hingga telur kering.
Masukkan mee, taugeh dan taufu goreng gaul rata.
Tuangkan kicap secukupnya sambil gaul.
Tuang cili hijau.
Sedia dihidang.



Saturday, December 21, 2013

Getuk Ubi Goreng



GETUK UBI GORENG
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 kg ubi yang dibuang kulit - direbus empuk
1 1/2 cawan kelapa parut putih
1 sudu garam
4 sudu gula

Ubi yang telah direbus empuk ditos airnya hingga kering.
Ambil anak lesung ditumbuk lumat.
Masukkan kelapa parut putih, gula dan garam. Gaul rata.
Bulatkan seperti bebola hingga habis.

Bahan membuat salut :
1 1/4 tepung beras
1/4 tepung goreng rangup (ADABI)
Sedikit air kapur
1 biji telur
Sedikit pewarna kuning
Sedikit garam
3/4 cawan air (+-)

Semua bahan disatuakan dan kacau hingga larut. Tidak terlalu cair.
Panaskan minyak dan ambil bebola getuk dan salutkan kedalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
Sedia dihidang.




Laksa Nyonya Melaka



LAKSA NYONYA MELAKA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan untuk membuat kuah :
10 biji bawang merah*
1 1/2 in lengkuas*
1 1/2 in kunyit hidup*
3 batang serai*
2 in belacan*
6 biji buah keras*
3 sudu besar udang kering* - semua bahan*dikisar
3 sudu besar cili kisar
500 gm bebola ikan
3 kepingan kek ikan - dihiris
3 keping tauhu - dihiris
2 kuntum bunga kantan - belah dua
Santan secukupnya
Garam secukupnya

Bahan lain :
Laksa basah atau mee hoon - dicelur
Taugeh
Timun - disagat
Cili potong
Daun pudina

Cara membuat kuah :
Tumis bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cili kisar.
Masukkan santan dan bunga kantan. Kacau hingga mendidih.
Masukkan bebola ikan dan kepingan ikan yang dihiris.
Perasakan garam secukupnya.



Laksa dicelur. Taburkan taugeh, timun, daun pudina dan cili. Tuang kuah.
Sedia dimakan.



Friday, December 20, 2013

Bingka Ubi Gula Merah



BINGKA UBI GULA MERAH
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
5 cawan ubi kayu dikisar - tos dan perah
100 gm kelapa parut putih
1 cawan gula
1 cawan air gula merah
2 cawan santan pekat
1 sudu kecil garam
100 gm butter - dicairkan
2 biji telur - dikacau sedikit

Cara-cara :
Panaskan oven dalam 200C api atas bawah.
Satukan kesemua bahan dan kacau sehingga adunan gula larut dan sebati.
Masukkan kedalam loyang 9"x 9" yang disapu dengan sedikit butter.
Bakar sehingga masak selama lebih kurang 1 jam.
Tukar api atas sahaja untuk mendapatkan permukaan atas garing.
Angkat dan sejukkan baru dipotong.


Tuesday, December 17, 2013

Kek Mini Mentega Pelangi



Kek Mini Mentega Pelangi
Dari Dapur ; Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
250 gm pure butter
190 gm brown sugar
4 biji telur
1 sudu kecil butter vanilla
250 gm tepung gandum*
1 sudu kecil baking powder* - bahan* diayak bersama
100 ml susu segar
Pewarna - ikut citarasa
Cup Cake

Cara-cara :
Pukul  butter bersama gula hingga kembang dan putih.
Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil diputar.
Masukkan butter vanilla dan putar.
Dengan menggunakan senduk masukkan tepung berselang-seli dengan susu segar sehingga habis.
Kacau sebati.
Bahagikan kepada beberapa warna ikut citarasa.
Masukkan kedalam cawan kertas berselang-seli warna.
Bakar kek dalam kepanasan 160C dalam 20 minit.
Sejukkan dahulu.

Butter Cream :
80 gm butter
250 gm cream well
1/2 cawan gula icing
1/4 cawan golden sirap

Cara-cara ;
Gula icing diayak
Satukan butter bersama creamwell dan putar hingga kembang.
Masukkan gula icing dan golden sirap kedalam butter yang dipukul kembang.
Kacau dengan menggunakan senduk hingga rata dan sebati.
Masukkan buttercream kedalam pipping bag dan hias keatas mini kek tadi ikut citarasa sendiri.
Sedia dihidang.



Lempeng Dan Kari Ayam



LEMPENG CICAH KARI AYAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1 sudu kecil garam
2 1/4 cawan air

Cara-cara:
Satukan semua bahan dan kacau. Kisar dan tapiskan.
Panaskan kuali tidak melekat dan sapu sedikit minyak.
Tuang adunan anggaran 2 senduk dan ratakan.
Balikkan dan angkat. Buat sampai habis.
Sedia dihidang bersama kuah kari ayam.



Kari Ayam



KARI AYAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan ;
1 ekor ayam - dipotong 14
3 biji tomato - dibelah 2
1 biji bawang besar - dihiris
6 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
2 sudu besar ketumbar*
1 sudu besar jintan manis* - bahan*dikisar
1 sudu makan biji sawi
Rempah penumis - kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga
1/2 cawan cilikisar
3/4 cawan rempah kari daging
3 sudu besar sos tomato
4 cawan santan
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara :
Tumis bawang besar, biji sawi dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan bahan yang dikisar dan cili kisar. Rempah kari dibancuh dengan sedikit air dan masukkan kedalam bahan yang ditumis dan kacau hingga naik minyak.
Masukkan ayam dan kacau hingga ayam kecut.
Masukkan sos tomato, garam dan sedikit gula.
Masukkan santan dan biar hingga mendidih.
Akhir sekali masukkan buah tomato dan tutup api.
Sedia dihidang.




Thursday, December 12, 2013

Kek Minyak Marble



KEK MINYAK MARBLE
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus
Sumber : Kawan FB

Bahan-bahan :
5 biji telur gred A
1/2 cawan gula castor
1 sudu besar ovellete
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak
2 cawan tepung*
1 sudu kecil baking powder* - bahan*diayak bersama
Pewarna - ikut citarasa

Cara-cara :
Putar telur, gula dan ovellete hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan esen vanilla dan putar lagi.
Dengam menggunakan spatula, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang-seli dengan minyak. Kacau rata.
Bahagikan adunan kepada 3 warna ikutcitarasa.
Tuang adunan berselang- seli warna kedalam loyang 8"x8" hingga habis.
Bakar 170C selama 45 minit atau hingga kek masak.'
Sejukkan kek baru dipotong.



Roti Jala



ROTI JALA
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
3 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 sudu besar minyak
3 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara ;
Semua bahan distukan dan dikacau dengan menggunakan whisk hingga sebati.
Tapiskan dan kacau rata.
Panaskan pan yang tidak melekat disapukan dengan sedikit minyak.
Tuangkan adunan dengan menggunakan acuan roti jala.
Angkat dan gulung.
Sedia dihidang.



Wednesday, December 11, 2013

Cucur Udang Geragau @ Pepai Daun Kunyit



CUCUR UDANG GERAGAU @ PEPAI DAUN KUNYIT
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
200 gm udang geragau basah
2 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 biji bawang besar - dicincang
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1 helai daun kunyit - dihiris halus
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air

Cara-cara ;
Semua bahan disatukan.
Masukkan air dan kacau hingga rata.
Biar adunan dalam 10 minit.
Panaskan minyak dan jemputkan adunan kedalam minyak panas.
Masak hingga kekuningan.
Angkat dan toskan.
Sedia dihidang.
Sedap dimakan bersama sos Thai



Dalca Daging



DALCA DAGING
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 kg daging - direbus empuk
3/4 cawan kacang dhal - rendam dan rebus empuk
1 batang terung
4 batang kacang panjang
1 batang carrot
2 biji kentang
2 biji tomato
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
1 biji bawang besar - dihiris
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 1/2 in halia*
1 sudu makan ketumbar* - bahan*dikisar
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar
2 pelepah daun kari
2 keping asam gelugur
Rempah penumis : kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga
Santan secukupnya
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara ;
Daging yang telah direbus dipotong kecil
Tumis rempah penumis, daun kari, bawang besar dan bahan yang dikisar hingga wangi.
Masukkan cilikisar dan rempah kari. kacau hingga naik minyak.
Masukkan daging dan santan.
Masukkan asam gelugur, kacang dhal, kentang dan carrot.
Masukkan terung kacang panjang dan cili.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Sedia dihidang.




Tuesday, December 10, 2013

Spaghetti Bebola Daging



SPAGHETTI BEBOLA DAGING
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 bungkus spaghetti - direbus
400 gm daging cincang
500 gm bebola daging
2 biji bawang holland - dipotong dadu
4 ulas bawang putih - dicincang
1 biji cili capsicum hijau - potong dadu
1 biji cili capsicum merah - potong dadu
3 sudu besar cili kisar
4 sudu besar sos cili
340 gm sos pasta
1/2 sudu kecil oregano
1/2 sudu kecil tyhyme
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara ;
Spaghetti direbus bersama sedikit butter. Tos dan ketepikan.
Tumis bawang hingga layu. Masukkan cili kisar dan kacau rata.
Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak.
Masukkan sos cili dan sos pasta.
Masukkan bebola daging dan perasakan garam dan gula secukupnya.
Taburkan serbuk oregano dan thyme.
Sedia dihidang.



Monday, December 09, 2013

Bingka Ubi



BINGKA UBI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
5 cawan ubi yang telah dikisar - tos atau perah air sagu
100 gm kelapa parut putih
1 1/2 cawan gula
1 sudu kecil garam
3 cawan santan
100 gm butter - dicairkan
2 biji telur - dikacau
Sedikit pewarna kuning

Cara-cara :
Panaskan oven 200C. Api atas bawah.
Loyang disapukan dengan sedikit butter.
Satukan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.
Masukkan kedalam loyang 9"x9".
Bakar dalam 1jam atau sehingga masak.
Tukar kepada api atas untuk mendapatkan permukaaan garing.
Angkat dan sejukkan sepenuhnya kemudian di potong.
Sedia dihidang.



Saturday, December 07, 2013

Karipap Daging Lada Hitam



KARIPAP DAGING LADA HITAM
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan membuat inti:
200 gm daging cincang
500gm kentang - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
3 ulas bawang putih*
1 in halia*
1 sudu makan jintan manis*
1 sudu besar lada hitam* - semua bahan*ditumbuk lumat
Daun sup & daun bawang - dihiris
Garam dan gula secukupnya

Cara-cara ;
Tumis bawang besar dan bahan yang ditumbuk hingga wangi.
Masukkan daging cincang dan kacau hingga masak.
Masukkan kentang dan 1/2 cawan air.
Gaul hingga kentang empuk.
Perasakan garam dan gula secukupnya.
Masukkan daun sup dan daun bawang.

Bahan-bahanuntuk pastri :
1/2 kg tepung gandum
1/4 cawan tepung beras
80 gm butter*
1/4 cawan minyak* - panaskan dan cair
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
170 ml air (+ - )

Cara -cara :
Tepung disatukan bersama garam dan gula.
Butter dan minyak dipanaskan dan cair dan tuang kedalam adunan tepung dan ramas sebati.
Masukkan air sedikit demi sedikit sambil diuli hingga adunan lembut dan rata. 




Friday, December 06, 2013

Nasi Dagang & Gulai Ikan Tongkol



NASI DAGANG & GULAI IKAN TONGKOL
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan untuk nasi :
4 cawan beras wangi - direndam 2 jam
1 cawan beras perang nasi dagang - direndam 2 jam
6 ulas bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 1/2 halia - dihiris
1 sudu makan halba
4 cawan santan
2 sudu kecil garam

Cara-cara ;
Panaskan pengukus.
Satukan beras dan semua bahan hiris dan halba.
Ambil 1 cawan dan gaulkan dengan beras. Kukus dalam 10 minit.
Angkat dan gaulkan baki santan bersama garam dan kukus lebihkurang 15 minit dan sehingga nasi lembut.
Sedia dihidang.

Bahan membuat gulai ikan :
2 ekor ikan tongkol
10 biji cili api
2 batang serai - diketuk
1 sudu halba
1/2 cawan cili kisar
3/4 cawan rempah gulai
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugur
5 cawan santan
Garam secukupnya
Gula melaka secukupnya

12 biji bawang merah*
6 ulas bawang putih*
2 in halia*
1 in lengkuas*
2 sudu makan ketumbar*
1 sudu makan jintan manis* - semua bahan dikisar

Cara-cara ;
Tumis bahan yang dikisar dan halba hingga wangi.
Masukkan cili kisar dan rempah gulai . Gaul hingga naik minyak.
Masukkan santan, kerisik, asam gelugur dan garam secukupnya.
Masukkan ikan , cili api dan gaul hingga ikan masak.
Sedia dihidang bersama keropok dan acar timun.



Sunday, December 01, 2013

Cucur Udang Geragau @ Pepai



CUCUR UDANG GERAGAU @ PEPAI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
200 gm udang geragau basah
2 1/2 cawan tepung
1 sudu kecil baking powder
1 biji bawang besar - dicincang
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - dihiris
Daun sup & daun bawang
1 sudu kecil garam
1 1/2 cawan air

Cara -cara :
Udang dibersihkan dan toskan.
Dalam sebuah bekas masukkan tepung, baking powder, bawang dan cili. Gaul rata.
Masukkan udang geragau dan kacau bersama air sedikit demi sedikit hingga rata.
Biarkan adunan dalam 10 minit.
Panaskan minyak dan kaupkan dengan jari dan goreng cucur hingga kekuningan dan garing.
Sedia dihidang. Sedap dimakan bersama sos cili atau mayonis.


Pucuk Ubi Masak Lemak Tempoyak Petai



PUCUK UBI MASAK TEMPOYAK LEMAK PETAI
Dari Dapur : Zalinah @ Rempah Ratus

Bahan-bahan :
1 ikat pucuk ubi
5 papan petai
2 batang serai - dititik
Segenggam ikan bilis
3 sudu besar tempoyak
2 cawan pati santan
2 cawan air
Garam secukupnya
4 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih
20 biji cili api*
Segenggam ikan bilis* - dikisar

Cara-cara ;
Pucuk ubi dicelur hingga empuk. Angkat dan toskan.
Satukan santan bersama bahan kisar, ikan bilis, serai, tempoyak dan ikan bilis. Masakkan diatas api perlahan hingga mendidih.
Masukkan pucuk ubi dan kacau hingga sebati.
Perasakan garam secukupnya.
Sedia dihidang.